Tuesday 10 March 2015

Pergerakan HINDRAF Merupakan Hasil Gerakan Demokratik Semasa Komuniti India Malaysia (kemaskini tajuk dan nota editor pada 10 Mac)

PERGERAKAN HINDRAF MERUPAKAN HASIL GERAKAN
DEMOKRATIK SEMASA KOMUNITI INDIA MALAYSIA


Pengarang: Nyam Kee Han (Ahli Jawatankuasa Kerja Sabahat Rakyat)

Gambar di atas merupakan muka depan sebuah buku berjudul "NOV 25 Hindraf Rally 2007" yang ditulis oleh salah seorang pemimpin gerakan Hindraf, Uthayakumar. Gambar tersebut dihasilkan melalui gabungan beberapa adegan yang mempamerkan perhimpunan besar Hindraf pada 25 Nov 2007. Gambar ini menunjukkan perasaan geram dan perjuangan komuniti India terhadap penghambaan dan penindasan berpanjangan oleh penjajah British dan klik pemerintah negara ini sehingga akhirnya masyarakat India dipinggirkan.

[Nota Editor Sahabat Rakyat] Artikel ini merupakan kertas kerja yang disediakan khas oleh Nyam Kee Han, ahli Sahabat Rakyat Working Committee, yang bersesuaian dengan salah satu kerja utama Sahabat Rakyat tahun 2015 iaitu, meneruskan kerja-kerja merentasi batasan bangsa, membantah hegemoni perkauman UMNO dan memperjuangkan hak kesamarataan bangsa. Pada 18hb Januari 2015, Sabahat Rakyat Working Committee telah bermesyuarat dan memutuskan kerja-kerja utama tahun ini. Pada masa yang sama, Nyam Kee Han juga telah siap mengarang monograf ini. Sahabat Rakyat (termasuk pengarang) memaparkan artikel ini sebagai permulaan kepada perbincangan supaya dapat menggalakkan lebih banyak pandangan yang bernas daripada pelbagai pihak tentang persoalan-persoalan bagaimana komuniti India di negara kita terperangkap dalam dilema, bagaimana mereka menuju kebangkitan serta bagaimana mereka boleh meneruskan perjuangan pada masa depan.

Artikel ini agak panjang, hujahan pengarang dibahagikan kepada 6 bahagian seperti yang berikut:

(1) Ringkasan latar belakang orang India berhijrah ke Tanah Melayu (Malaya)

(2) Dua jenis sistem perhambaan yang digunakan oleh pemerintahan kolonial British untuk mengimport buruh India

(3) Kesedaran politik komuniti India

(4) Pengaruh dasar perkauman negara kepada komuniti India

(5) Kebangkitan pergerakan HINDRAF

(6) Kesimpulan


Artikel ini menfokus kepada kebangkitan pergerakan HINDRAF. Pengarang menyimpulkan bahawa: Perjuangan HINDRAF, yang pada asalnya mensasarkan kesalahan sejarah yang dilakukan oleh penjajah British terhadap komuniti India dan kemudianya berubah menjadi menentang jajahan baru oleh UMNO dan BN, pada dasarnya merupakan lanjutan kepada pergerakan reformasi demokratik nasional yang dilancarkan dan misi sejarah yang belum tercapai oleh golongan kiri Malaya (Malaysia) dan rakyat semua bangsa. Oleh itu, perjuangan HINDRAF boleh dikatakan merupakan salah satu komponen penting yang membentuk pergerakan demokratik nasional(National democratic movement) di Malaysia. Ia juga merupakan satu hasil yang tidak dapat dielakkan dalam pergerakan demokratik semasa komuniti India Malaysia.

Pengarang membuat kesimpulan ini pada ketika terdapat sesetengah pihak yang menganggap diri sebagai parti dan pertubuhan atau individu demokratik bukan sahaja memulau dan menyerang pergerakan HINDRAF yang dilancarkan oleh komuniti India, bahkan menggambarkan pemimpin atau pergerakan HINDRAF sebagai “rasis” atau “tindakan bersifat perkauman” yang “sama seperti PERKASA”, dijangka akan mencetuskan perdebatan, tetapi ia membawa makna yang amat penting. Pengarang, dalam wacana beliau, telah menjadikan pendirian dan praktis yang diambil oleh Sahabat Rakyat Working Committee selama ini terhadap HINDRAF sebagai sokongan kepada kesimpulannya.

Artikel ini juga merupakan hasil pengajian akademik Nyam Kee Han. Nyam Kee Han terlibat dalam kerja Badan Bukan Kerajaan (NGO) selepas sahaja tamat pengajian ijazah sarjana muda Pengurusan Harta Tanah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2007; Pada tahun 2009, pengarang menerima undangan daripada En. Diong Chi Tzuoh, pengetua Pei Chun High School di Pontian untuk menjawat jawatan Penyelia Jabatan Ko-kurrikulum di sekolah tersebut untuk menyumbangkan sedikit jasa kepada Pendidikan Menengah Bahasa Cina (Du Zhong) tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangkakan; Setelah tamat perkhidmatannya di Pei Chun High School pada tahun 2011, pengarang melanjutkan pengajian ijazah sarjana Antropologi dan Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengarang mula mengkaji fenomena ketidaksamarataan komuniti minoriti di Malaysia. Akhirnya, pengarang memutuskan komuniti India sebagai sasaran kajian dan pergerakan HINDRAF sebagai fokus kajian. Pengarang menamatkan pengajian ijazah sarjana pada tahun 2014 dan menghasilkan tesis yang bertajuk “Kualiti Hidup Komuniti India Bandar dan Pergerakan Sosial HINDRAF”.

Artikel ini boleh dikatakan sebuah artikel yang berpandangan tajam yang berasaskan pengajian akademik pengarang dan berdasarkan pemerhatian dan penghayatan mendalam pengarang semasa penglibatannya dalam kegiatan sosial politik negara dulu dan kini. Artikel ini merupakan penterjemahan daripada teks asal dalam Bahasa Mandarin yang telah dipaparkan dalam blog Sahabat Rakyat pada 21 Februari 2015.

Teks lengkap artikel adalah seperti berikut:-



(1) RINGKASAN LATAR BELAKANG ORANG INDIA BERHIJRAH KE MALAYA

Peta negara-negara Asia Tenggara
Malaysia terletak di Asia Tenggara di mana tanahnya terpisah oleh Laut China Selatan menjadi dua bahagian iaitu Timur dan Barat. Bahagian barat Malaysia termasuk Semenanjung Malaysia dan Pulau Pinang bertempat di bahagian selatan Benua Asia, bersambung dengan negara Thailand di bahagian utara, dan di bahagian selatan pula saling berpandangan dengan Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor, bahagian timur menghadap Laut China Selatan dan bahagian barat pula bersebelahan dengan Selat Melaka. Di bahagian timur Malaysia pula, iaitu Sabah dan Sarawak adalah bertempat di bahagian utara Kalimantan di mana ianya berjiran dengan Indonesia, Filipina dan Brunei. Negara-negara yang berada di sekeliling Malaysia termasuk Indonesia, Timor Timur, Cambodia, Vietnam, Thailand, Laos, Myanmar, India, China, Jepun dan lain-lain. Malaysia yang terbentuk dari semua kawasan pada asalnya merupakan tanah jajahan British. Semenanjung Malaysia dan Penang keluar dari pemerintahan British mengisytihar merdeka pada tahun 1957. Pihak penjajah British pula berkomplot dengan pemerintahan Malaya pada tahun 1963 untuk menggabungkan Malaya dengan Sabah dan Sarawak secara paksaan sehingga membentuk Persekutuan Malaysia (Malaysia). Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi seperti getah, kelapa sawit, lada, petroleum, besi, emas, tungsten, arang batu, bauksit, mangan, mineral dan sebagainya masing-masing pernah menyumbang kepada ekonomi Malaysia pada tahap yang berlainan. Selain daripada itu, kedudukan geografi Malaysia adalah sangat strategik bagi negara maju (terutamanya negara barat) yang sudah lama mengerendang negara Asia. Mereka akan cuba memperkukuhkan pangkalan tentera mereka di Negara-negara Asia secara tersembunyi dengan rancangan Perjanjian Perkongsian Perdagangan Ekonomi sebagai tabir.

Pada awal abab ke-19, Malaysia ketika di bawah pemerintahan kolonial British telah mengimport buruh murah secara besar-besaran dari Indonesia, Sumatra, Siam, India, China dan lain-lain untuk menjalani kerja-kerja pembangunan di Malaya. Oleh demikian, buruh murah yang datang dari merata tempat menyebabkan Malaya dipengaruhi oleh pelbagai agama dan budaya adalah tidak dapat dielakkan. Pada abab ke-6, pedagang-pedagang India sudah mula berhijrah ke Semenanjung Malaya maka dengan itu Malaya mula dipengaruhi oleh budaya India. Pengaruh-pengaruh agama Hindu dan Buddha pula mempengaruhi Semenanjung Malaya pada abab ke-7 hingga abab ke-14. Ini terbukti apabila Srivijaya menakluk di Sumatra dan kuasanya meluas ke negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Jawa, Semenanjung Malaya dan Borneo. Malaya dipengaruhi oleh agama Islam hanya berlaku selepas kedatangan Muslim Arab dan pedagang India beragama Islam. Pada abab ke-15, pemerintahan Temasik Parameswara (Nota 1) telah menyembunyi diri di Melaka untuk mengelakkan diri dari kejaran pembunuhan oleh pemerintahan Siam Ayutthayan. Selepas itu, Parameswara telah membentuk sebuah dinasti di Melaka. Sejak itu, Melaka mula berkembangan menjadi sebuah pusat perdagangan dan Islam. 

Pada tahun 1410 hingga ke tahun 1511 iaitu selama 100 tahun merupakan zaman keagungan kebudayaan Melayu Melaka. Pada tahun 1511, serangan orang Eropah telah memulakan pemerintahan kolonialisme di Malaya. Malaya masing-masing pernah dijajah oleh kolonial Portugal, Belanda dan British melalui serangan mereka di Melaka. Pihak pemerintahan kolonial British pula menggunakan taktik melalui pengukuhan kuasa di tiga selat utama di Semenanjung Malaya iaitu Melaka, Penang dan Singapura. Akhirnya mereka berjaya menguasai keseluruhan Semenanjung Malaya pada tahun 1867. Pada tahun 1896, niat kolonial British semakin besar, mereka telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang merangkumi negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dan melantik dirinya menjadi penasihat di negeri-negeri tersebut. Malaya, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Selepas Jepun menyelah kalah, British mengembalikan kuasa pemerintahannya. Selepas itu, pihak pemerintahan kolonial British mula mempercepatkan pembangunan perladangan getah dan sistem pengangkutan di negeri-negeri Persekutuan Melayu. Semenjak itu, lebih banyak buruh-buruh murah diimport dari negara India dan China untuk memenuhi kepentingan jajahan dan ekonomi pihak pemerintahan kolonial.  

Maka dengan itu, nasib buruh India di Semenanjung Malaya tidak dapat dipisah dari galakan pemerintahan kolonial British dalam mengimport buruh murah dari India secara besar-besaran untuk membangunkan sektor perladangan pada abab ke-19 hingga abab ke-20. Maka dengan itu, kehidupan yang dialami oleh buruh murah India di Malaya (atau Malaysia) mempunyai asal sejarahnya dengan pemerintahan kolonial British.

(2) DUA SISTEM PERHAMBAAN MENGIMPORT BURUH INDIA DARI PEMERINTAHAN KOLONIAL BRITISH

Buruh dari India sebenarnya mengambil risiko jiwa mereka untuk mendarat di Malaya.
Pihak pemerintahan kolonial British menggunakan dua sistem perhambaan iaitu Sistem Indenture dan Sistem Kangani untuk mengimport buruh India secara besar-besaran ke Malaya. Di bawah Sistem Indenture, majikan hanya perlu menetapkan jumlah buruh kepada ejen. Ejen akan hantar penghubungnya ke kampung untuk mendapatkan buruh. Buruh-buruh yang dikesan perlu menandatangani sebuah kontrak jangka masa pendek (seperti 3 atau 5 tahun) untuk berkhidmat dengan majikan mereka. Buruh kontrak yang menandatangani kontrak itu akan terikat dengan sekatan-sekatan tertentu seperti tidak boleh bertukar majikan dan tidak boleh menuntut pertambahan upah. Biasanya, ejen-ejen akan menggunakan maklumat palsu untuk menghelah buruh yang dikesan olehnya. Biasanya mereka akan memberi gambaran palsu dengan mengatakan bahaw Malaya merupakan sebuah tempat yang ada banyak kekayaan. Sebenarnya itu merupakan cerita hantu yang sengaja menyembunyi situasi pekerjaan sebenar di Malaya. Sebenarnya majoriti buruh di Malaya mengalami kehidupan yang sengsara di mana isu kemiskinan dan penindasan adalah sangat biasa. Selain daripada itu, ketika dalam perjalanan pengangkutan laut, buruh-buruh juga menghadapi layanan yang tidak perikemanusiaan dan tahap kematian adalah sangat tinggi. Terdapat juga buruh-buruh yang mendarat di Malaya tidak dapat bekerja kerana menjangkiti penyakit yang serius tetapi mereka tidak mempunyai pilihan untuk meninggalkan pekerjaan walaupun sakit. Maka dengan itu, mereka terpaksa bekerja dalam keadaan yang agak susah dan terpaksa menahan penindasan yang kejam dari majikannya. Sistem Indenture mula diperkenalkan pada tahun 1860an. Kerajaan India (India ketika itu masih di bawah pemerintahan kolonial British) terpaksa menghapuskan sistem yang penuh dengan bukti penipuan kerana menerima kritikan yang kuat pada tahun 1910. Data menunjukkan seramai 249,832 buruh India telah diimport ke Semenanjung Malaya di bawah sistem ini dari tempoh masa tahun 1870 hingga tahun 1910 (Sandhu 1969:308).

Walau bagaimanapun, pihak pemerintahan kolonial British enggan melepas begitu sahaja. Sebenarnya mereka telah pun mula membuat persiapan sebelum penghapusan Sistem Indenture dengan memperkenalkan sistem gantian baru iaitu Sistem Kangani. Cara Sistem Kangani ialah menghantar seorang kangani atau mandur Tamil balik ke kampungnya untuk merekrut buruh dan mereka akan menerima ‘wang kepala’ daripada setiap ‘kuli’ yang diambil bekerja untuk memastikan mereka tidak menghilangkan diri. Kos-kos perkapalan kangani akan ditanggung oleh majikan orang putih di Malaya. Majikan orang putih lebih gemar menggunakan sistem ini kerana bayaran ‘wang kepala’ kepada kangani lebih berfaedah. Buruh yang direkrut lebih kuat badannya. Apa yang lebih penting ialah buruh ini dianggap sebagai ‘buruh bebas’ kerana kurang kawalan dan siasatan dari pihak kerajaan. Sebenarnya sistem ini tidak menjamin kebajikan buruh tetapi berfungsi untuk melicinkan kemasukan buruh sahaja. Pelaksanaan Sistem Kangani selama 20 tahun telah menggantikan Sistem Indenture. Sistem Kangani telah kekal sehingga tahun 1938 sebelum dihapuskan. Ini kerana kerajaan India (India ketika itu masih di bawah pemerintahan kolonial British) mula mengharamkan pengekspotan pekerja tidak mahir.

Buruh dari India bekerja keras dalam estet.
Selepas itu, kerajaan kolonial menubuh satu sistem pusat untuk mengawal kemasukan buruh India. Pada tahun 1905, getah menjadi keperluan yang besar di seluruh dunia, maka, Malaya mula mengimport buruh India secara besar-besaran. Data menunjukkan seramai 80% buruh adalah buta huruf dan kurang mahir. Mereka terus diterima oleh orang putih di Malaya. Keperluan mencari buruh sampai ke kemuncak pada tahun 1938. Jumlah orang India di Malaya mencapai 119,347 orang pada tahun 1901. Jumlah ini meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 470,181 orang pada tahun 1921. Pengimportan buruh India masih diteruskan pada tahun 1941 walaupun Sistem Kangani telah dihapuskan. Hampir 2 juta buruh India yang datang ke Malaya melalui bantuan kerajaan India melalui Dana Imigresen India. Manakala lebih 800 ribu buruh India yang datang adalah tanpa bantuan kerajaan India (Sandhu 1969:305). Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk India di Semenanjung Malaysia ialah 858,615 orang, daripada itu 62.1% adalah anak tempatan. Secara umumnya, terdapat seramai 4 juta buruh India yang datang ke sini dari tahun 1860 hingga 1957, daripada itu 70% telah pulang ke India. Anggaran seramai 1.2 juta buruh India telah mati sama ada dilanda wabak penyakit, dipatuk ular, kekurangan zat makanan ataupun keletihan (Sandhu 1962:68).

Buruh India yang dibawa masuk ketika zaman pemerintahan kolonial British termasuk mereka dari India Selatan dan India Utara. Komuniti dari India Selatan termasuk Tamil, Malayalees, Telugu dan Ceti. Kebanyakan komuniti Tamil dan sebahagian kecil orang Singhali adalah datang dari negara Ceylon (Sri Lanka). Kerajaan British mengimport ramai orang India dari Andra Pradeshin dan negeri Kerala di Selatan India untuk menjalani kerja-kerja pembangunan dalam sektor  perladangan di Malaya. Komuniti dari India Utara pula termasuk Sikh, Gujaratis, Benggali dan lain-lain. Tidak kira sama ada komuniti dari India Selatan atau India Utara, mereka tetap memainkan peranan yang sama penting dengan komuniti lain dalam pembangunan Malaysia. Perkhidmatan buruh dari India Selatan penting dalam pembangunan sektor pertanian dan perladangan getah di Malaysia. Hanya sejumlah kecil daripada mereka yang berpendidikan dan pekerja mahir diterima oleh kerajaan kolonial sebagai kakitangan kerajaan, guru dan kerani. Majoriti buruh dari India Utara pula berkhidmat di angkatan keselamatan, manakala terdapat juga segelintir profesional terlibat dalam bidang perubatan dan bidang-bidang profesional yang lain. 

Pemerintahan kolonial British telah mengimport migrasi yang berasal dari negara yang berlainan (termasuk Indonesia, China, India dan sebagainya) dan sehubungan dengan itu migrasi ini telah membawa sekali budaya, agama, kepercayaan dan tradisi mereka. Lantaran sejarah pemerintahan kolonial British di Malaya menyebabkan negara ini dipengaruhi oleh pelbagai agama dan kepercayaan seperti Hindu, Buddhist, Konfucian, Taoist, Kristian, Sikhism, Islam dan lain-lain merupakan fakta yang tidak dapat dipertikaikan. Jika melihat kepada komuniti India, sebanyak 80% daripada mereka adalah komuniti Tamil dan majoriti daripada mereka adalah beragama Hindu. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, komuniti India menjadi etnik ketiga terbesar iaitu mencatat 7.3% daripada jumlah populasi negara manakala agama Hindu mencatat agama keempat terbesar iaitu 6.3%. Sejarah membukti bahawa Malaya atau Malaysia ialah sebuah negara yang terbentuk dari pelbagai etnik dan budaya. Setiap etnik mempunyai jasa yang tak terhapus kepada Malaysia dan kita tidak membenarkan sesiapa pun terutamanya politikus yang sengaja memutar pulit fakta ini dengan mengatakan bahawa etnik India atau Cina merupakan “Pendatang” manakala etnik Melayu ialah “Orang Tempatan”, dengan berhasrat untuk memunasabahkan dan mengesahkan “kedudukan istimewa” etnik Melayu yang kekal sepanjang masa, seterusnya menafikan semua bangsa juga mempunyai jasa mereka dalam pembangunan negara. Maka dengan itu, setiap kaum sepatutnya mendapat layanan yang adil dan setiap kaum sepatutnya mempunyai hak yang samarata dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan budaya.

(3) KESEDARAN POLITIK KOMUNITI INDIA

Kerajaan kolonial British dari awal lagi berniat untuk memecah atau mengasingkan komuniti India iaitu menerima komuniti India yang berpendidikan ke dalam badan kerajaan menjadi kakitangan kerajaan dan menghadkan atau mengasingkan buruh India ke dalam perladangan. Tujuan untuk mendalami salah faham di antara mereka dan menyebabkan mereka tidak dapat mencapai persefahaman sesama mereka. Bahkan mendalami pertentangan dan kebencian di antara kasta yang berlainan dalam komuniti India. Maka dengan itu, pihak kerajaan kolonial British baru dapat mengawal secara terus atau melalui orang kepercayaannya untuk mengawal keseluruhan komuniti India sama ada mereka dari kakitangan kerajaan dari kelas pertengahan ataupun peladang dari kelas bawahan. Tambahan lagi, sifat-sifat kepatuhan turut disebarkan di kalangan komuniti India secara langsung atau tidak langsung supaya mereka akan patuh kepada pihak kolonial dan majikan. Tujuan supaya mereka tidak dapat mengenali bahawa dirinya telah ditindas oleh pihak kolonial dan majikan. Akhirnya mereka yang mempunyai nasib yang sama tidak dapat bersatu dan berbangun untuk menentang musuh mereka iaitu kolonialisme British. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran politik di kalangan komuniti India pada peringkat awal masih bergantung kepada usaha golongan pertengahan yang berpendidikan, keadaan ini berterusan sehingga mencapai sesetengah syarat untuk menubuh pertubuhan, union dan parti politik demi menawarkan bantuan mahupun bersuara demi komuniti India di Malaya.

Pada tahun 1930an merupakan titik pertolakan kesedaran politik tempatan di kalangan komuniti India. Pada tahun 1930an, buruh India telah mengubah sikap dengan melihat Malaya sebagai tempat penempatan kekal. Keadaan ini berlaku kerana: 1) Perubahan buruh terikat kepada buruh bebas: buruh yang diimport melalui Sistem Indenture masih terikat dengan majikan. Akan tetapi majoriti buruh yang diimport melalui Sistem Kangani merupakan buruh bebas yang tidak dikawal oleh kerajaan, maka mereka boleh membuat pilihan untuk tinggal di Malaya. 2) Perkahwinan Percampuran: Oleh sebab jangka masa yang panjang bekerja dan tinggal di Malaya, buruh India di sini telah membentuk keluarga setelah berkahwin dengan wanita (dari pelbagai kaum) yang bekerja di Malaya. Keadaan ini meningkatkan hasrat mereka untuk menetap di Malaya. Kedua-dua faktor di atas ialah faktor dalaman yang menyebabkan mereka mula menuntut kualiti hidup dan syarat pekerjaan mereka di Malaya. Tuntutan-tuntutan tersebut adalah rasional. Sementara itu, terdapat juga dua faktor luaran yang menyebabkan mereka lebih berani menuntut kehidupan dan keadaan pekerjaan yang lebih baik di Malaya. 1) pengaruh pemikiran nasionalisme India: buruh India yang bekerja di Malaya pada masa itu masih dipengaruhi oleh nasionalis India terutamanya sesetengah nasionalis India yang berani menuntut untuk membaiki upah buruh India di Malaya terhadap kerajaan kolonial British; 2) keadaan ekonomi yang tidak stabil: ekonomi dunia adalah tidak stabil pada tahun 1930an menyebabkan harga getah merosot secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan kehidupan rakyat semua kaum terutamanya komuniti India menjadi lebih teruk. Faktor ini memberi peluang kepada golongan pekerja mengenali dan memahami pemerintahan kolonialisme yang memperkuda, mengeksploitasi dan menindas rakyat pekerja. Dengan itu, mereka mula bergabung dengan kuasa-kuasa progresif atau menyokong pergerakan-pergerakan yang menentang kolonialisme.

Di sini memberi tiga organisasi dan parti yang lebih besar dan teratur untuk menerang bagaimana organisasi dan parti ini telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran politik di kalangan komuniti India. Mereka ini ialah 1) Central Indian Association of Malaya (CIAM); 2) National Union of Plantation Workers (NUPW); 3) Malayan Indian Congress (MIC).

Kebangkitan nasionalisme India telah menyedarkan pergerakan masyarakat India

(3.1) Central Indian Association of Malaya (CIAM) dan kesedaran politik komuniti India

Pada tahun 1920an hingga tahun 1930an, sesetengah profesional India yang dipengaruhi oleh nasionalisme India telah menubuh Persatuan India untuk menjalani pelbagai aktiviti sosial demi menjaga kebajikan komuniti India. Tawaran-tawaran yang disediakan oleh Persatuan India seperti semakan kesihatan percuma, membuka kelas mempelajari bahasa Tamil, menubuh perpustakaan yang menawarkan pelbagai buku dari dalam atau luar negara untuk membolehkan komuniti India membaca dan merujuk serta mengadakan pelbagai aktiviti dalam memperjuangkan isu kewarganegaraan komuniti India dan hak kesamarataan.

Persatuan India Pulau Pinang merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan di Malaya yang diasaskan oleh Raju Naidu dan P.K. Nambyar. Persatuan yang diketuai oleh Nambyar bukan sahaja menjaga kepentingan kelas tengahan, malah turut memberi tumpuan kepada peladang dari kelas bawahan. Pimpinan beliau telah menghasil sedikit kejayaan khususnya dalam mempengaruhi kerajaan India menggubal dasar dan akta untuk menyelesaikan masalah peladang di Malaya. Selain itu, mereka juga mengadakan beberapa persidangan yang dinamakan sebagai Persidangan India Se-Malaya untuk memberi peluang kepada perwakilan dari seluruh negeri untuk bertemu dan berbincang isu berkenaan dengan komuniti India di Malaya.

Persidangan yang dianjurkan oleh mereka bertujuan untuk mengumpul pandangan dari semua pihak dan selepas itu akan mengemukakan usul mesyuarat persidangan kepada kerajaan kolonial di Malaya. Tindakan mereka ialah mengharapkan pihak kolonial akan memandang tuntutan mereka dengan serius. Akan tetapi, kerajaan kolonial di Malaya masih tidak mahu memperdulikan tuntutan mereka. Walaupun usaha mereka tidak dapat memberi apa-apa tekanan kepada kerajaan kolonial di Malaya, tetapi telah memaksa mereka membuat pertimbangan untuk membentuk satu badan induk yang efektif secepat mungkin untuk mempertahankan kepentingan dan menjaga masa depan komuniti India di Malaya. Sikap keangguhan kerajaan kolonial British menyebabkan komuniti India terpaksa memikir masa depan mereka di Malaya, maka, mereka terpaksa mencari apa-apa jua jalan penyelesaian yang mungkin berguna untuk membela kepentingan komuniti India di Malaya.

Namun begitu, perpaduan komuniti India masih tidak dapat dibentuk kerana mengalami sedikit halangan. Halangan ini termasuk elit berpendidikan tamil dan orang India yang lahir di Malaya. Kedua-dua mereka tidak rela dipimpin oleh orang India yang berpendidikan English. Dengan itu, mereka menubuhkan pertubuhan sendiri untuk memperjuangkan kepercayaan mereka. Yang pertama ialah pergerakan Dravidian yang dipimpin oeh E.V. Ramasamy atau lebih dikenali sebagai Periyar. Majoriti orang Dravidian adalah kasta terendah yang berasal dari India Selatan. Tujuan utama mereka ialah menentang diskriminasi kasta, tetapi mereka menyeru semua yang berasal dari kasta yang sama memegang identiti sebagai orang Dravidian bukannya orang India. Mereka meniru perjuangan pergerakan Dravidian yang menentang Brahmin dan Hindu di Madras, India (Nota 2), tetapi pokok masalah orang Tamil di Malaya ialah penindasan ekonomi dan punca utama ialah kerajaan kolonial British. Oleh sebab perjuangan mereka tidak menepati kepentingan komuniti India maka mereka tidak mendapat sokongan dari keseluruhan komuniti India. Apa yang pasti ialah kemunculan pergerakan Dravidian sedikit sebanyak memberi gangguan kepada komuniti India.  

Yang kemudian ialah Malayan Indian Association (MIA) yang diketuai oleh G.V. Thaver. Anggaran sebanyak 25% orang India yang lahir di Malaya pada tahun 1921 hingga tahun 1931 (Mahajani 1960:112). Kebanyakan mereka melihat Malaya sebagai tanah airnya. Kebanyakan mereka di sini tidak dapat pulang ke negara India mungkin disebabkan syarat kehidupan yang teruk atau terlalu sibut dengan pekerjaan sehingga  menyebabkan mereka tidak dapat berhubung dengan saudara mara mereka di sana. Lama kelamaan, mereka tidak memberi tumpuan kepada masalah politik yang berlaku di negara India atau merasa ia tidak kena mengena dengan kehidupan mereka di Malaya. Maka dengan itu, mereka mengambil sikap menjauhi pemimpin komuniti India di Malaya yang masih mempunyai pertalian dengan pemimpin politik di negara India atau pemimpin yang cuba menggunakan perkembangan politik di negara India untuk menyemarakan pergerakan masyarakat India di Malaya. Mereka menganggap pemimpin tersebut tidak boleh menwakili suara orang India yang lahir di Malaya. Maka dengan itu, mereka menegas hanya MIA berhak membela nasib orang India yang lahir di Malaya. Oleh sebab itu, pendirian MIA ialah membantah orang India di Malaya menyertai atau menyokong pergerakan nasionalisme India. Selain daripada itu, mereka bimbang jika tidak berbuat demikian akan menyebabkan kaum-kaum lain di Malaya memperagui ketaatan mereka kepada “negara” ini. Oleh sebab itu, cara perjuangan MIA ialah bekerjasama dan berunding dengan kerajaan kolonial British. 

Gambar di atas menunjukkan anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federal Legislative council of the Federated Malay states) pada tahun 1931. Barisan hadapan dari kanan pertama: Peguam S.N. Veerasamy.
Walau bagaimanapun, jika mengatakan pergerakan Dravidian yang menegas kepada kasta dan bahasa diri sendiri sehingga mencetus pepecahan kepada komuniti India, maka MIA yang cuba mengasingkan diri sendiri berdasarkan kepada tempat kelahiran turut mengakibatkan pepecahan di kalangan komuniti India. Sebenarnya kedua-dua pihak tidak mengenali pokok masalah orang India di Malaya ialah penindasan ekonomi dari kerajaan kolonial British terhadap rakyat pekerja. Faktor-faktor tersebut mengakibatkan hasrat Nambyar yang ingin menubuhkan sebuah badan induk untuk mempertahankan kebajikan dan ekonomi masyarakat India tidak tercapai. Keadaan ini berubah apabila seluruh dunia melanda kemelesetan ekonomi pada tahun 1930an. Masyarakat India membuat pertimbangan semula ke atas desakan penubuhan sebuah badan Induk. Pada September 1936, satu persidangan yang disertai oleh 12 persatuan sosial dan beberapa persatuan peniaga orang India akhirnya menghasilkan satu badan induk yang dinamakan sebagai Central Indian Associations Of Malaya (CIAM) terbentuk. Objektif CIAM ialah berfungsi sebagai sebuah badan induk yang mewakili keseluruhan masyarakat India dan menjadi suara tunggal kepada perjuangan masyarakat India di negara ini. Pengerusi pertama CIAM ialah Veerasamy (Stenson 1980:45) (Nota 3). Dalam masa yang singkat iaitu selama 5 tahun, CIAM telah berkembang dari kawasan bandar kepada luar bandar di mana sebanyak 21 Persatuan Orang India yang baru telah ditubuh di kawasan luar bandar dari tahun 1939 kepada 1941. Ahli CIAM mencatat seramai 6000 hingga 7000 orang. Ia dikatakan ahli CIAM sudah bertambah sebanyak 10 kali ganda jika dibandingkan dengan tahun 1937 (Stenson 1980:58-59).

Pada mulanya, majoriti ahli-ahli jawatankuasa CIAM adalah orang Malayalees dan hanya segelintir adalah orang Tamil. CIAM tidak dapat menembusi secara meluas ke dalam komuniti Tamil serta golongan yang paling bawahan. Maka mereka tidak dapat mewakili keseluruhan komuniti India. Mereka tidak dapat mendekati golongan bawahan buruh India yang biasa berkomunikasi dalam bahasa Tamil kerana majoriti ahli jawatankuasa pusat CIAM bukan dari golongan yang berpendidikan Tamil. Memang wujud keadaan di mana kerajaan Malaya (kerajaan kolonial British) tidak mahu mendengar atau berunding dengan CIAM ke atas masalah yang dihadapi oleh buruh India kerana menganggap mereka tidak mewakili majoriti masyarakat India. Namun begitu, ia tidak menghalang usaha CIAM untuk memperjuangkan kepentingan golongan buruh India. Malahan CIAM terus memberi tekanan kepada kerajaan India untuk mendesak kerajaan India menggubal dasar untuk menghalang buruh tidak mahir dibawa masuk ke Malaya. CIAM juga sedikit sebanyak pernah memberi tekanan kepada kerajaan India dalam memperjuangkan upah yang adil, memperbaiki keadaan tempat pekerjaan dan kediaman di kalangan buruh India. 

CIAM pernah mengkritik dasar kerajaan Malaya (kerajaan kolonial British) yang bersifat eksploitasi terhadap buruh India demi menjaga kepentingan ekonomi pemerintahan kolonial British dan majikan British semata-mata. Ketika CIAM menujukan kritikan mereka terhadap kerajaan kolonial British, apa yang berlaku ialah CIAM terbenam ke dalam pepecahan dalaman sehingga mengakibatkan CIAM tidak dapat berfungsi seperti mana yang dijangkakan. Sesetengah ahli jawatankuasa tidak dapat menyesuaikan diri kerana menganggap CIAM berbau politik. Bahkan pengerusi CIAM iaitu Veerasamy juga beranggapan begitu sehingga menyebabkan beliau meletakkan jawatan.

Sebenarnya jika kita menggunakan penganalisisan kelas ke atas pemimpin CIAM, kita dapat memahami kenapa mereka tidak rela melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan kelas sendiri tetapi lebih cenderung menggunakan “cara lembut” iaitu melalui perundingan aman dengan klik pemerintahan. Bagi mereka, tindakan sedemikian sudah memadai apabila mereka dapat memperjuangkan sesuatu yang dapat membaiki kehidupan dan syarat pekerjaan di kalangan komuniti India. Antara sebab yang lain ialah mereka agak bimbang sekiranya kritikan yang terlalu hanyat ke atas kerajaan Malaya atau kerajaan kolonial British hanya akan menyusahkan diri sendiri. Walaupun CIAM akhirnya gagal mempertahankan hak dan kepentingan buruh India, akan tetapi jika kita melihat kepada proses dari menghadapi halangan sehingga berjaya menubuhkan CIAM telah membayangkan komuniti India sudah sedar bahawa mereka terdesak memerlukan satu pertubuhan yang lebih meluas dan berani menentang kerajaan kolonial British untuk menyelesaikan masalah bersama yang dihadapi oleh mereka.

NUPW tidak membela kepentingan pekerja tetapi bertujuan untuk melenyapkan perkembangan komunisme

(3.2) National Union of Plantation Workers (NUPW) dan kesedaran politik komuniti India

Gambar atas menunjukkan pemimpin Pan Malayan Federal of Trade Union (PMFTU), S. A. Ganapathy; Gambar bawah menunjukkan pemimpin The Federation of Trade Unions (FTU), P. Veerasenan.
Kajian Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pada tahun 1983 menunjukkan bahawa NUPW telah gagal mempertingkatkan sosioekonomi peladang. Di sini boleh memberi dua punca kegagalan NUPW. Yang pertama ialah penubuhan NUPW adalah mengikut perintah kerajaan kolonial British. Yang kedua ialah pemimpin kelas menengah tidak berpihak kepada kelas pekerja kerana mereka tidak dapat terkeluar dari pendirian kelas mereka dan akhirnya dibuang oleh golongan pekerja. 

Penubuhan NUPW mempunyai perkaitan dengan ancaman ideologi komunisme oleh kerajaan kolonial British atuapun boleh dikatakan bahawa penubuhan NUPW merupakan reaksi kerajaan kolonial British keatas perkembangan pengaruh ideologi komunisme yang semakin berleluasa (Stenson 1970: 38-53). Di sini perlu berbincang dua kesatuan sekerja yang memang mewakili kepentingan pekerja iaitu Pan Malayan Federal of Trade Union (PMFTU) dan Federation of Trade Union (FTU). Ramai yang percaya kedua-dua kesatuan sekerja ini diketuai oleh ideologi komunisme. Semangat berani berjuang dan berani berkorban yang ditonjolkan oleh kesatuan sekerja ini memang memberi gangguan yang besar kepada kerajaan kolonial British. 

Tahun 1930an hingga tahun 1940an merupakan zaman meluap dan menggelora. Pada zaman itu, rakyat di seluruh dunia telah mengalami dua perang dunia dan serangan imperialisme menyebabkan perjuangan anti penjajahan dan kesedaran nasionalisme rata-rata adalah lebih tinggi. Kita boleh mengatakan bahawa ideologi komunisme merupakan satu ideologi politik yang disanjung dan diterima secara meluas oleh massa pekerja di Singapura dan Malaya pada tahun 1930an. Pada tahun 1948an, pergerakan anti penjajahan di kalangan rakyat berbilang kaum di Singapura dan Malaya sudah sampai ke saat genting telah mengakibatkan kerajaan kolonial British menghadapi tekanan yang amat besar (Nota 4). Harper mengambarkan tempoh masa tahun 1945 hingga tahun 1948 di Singapura dan Malaya sebagai “Malaya Spring”. Erti kata lain, tahun-tahun berikut merupakan waktu yang amat penting di mana pergerakan kiri dan klik pemerintahan saling bertentang dan bertanding di antara satu sama lain. Setelah kerajaan kolonial British mengembalikan kuasa di Singapura dan Malaya, mereka melonggarkan sekatan aktiviti politik pada peringkat awal tetapi kemudian bersikap tegar ke atas golongan kiri jelas menunjukkan kerajaan kolonial British sangat bimbang ke atas pergerakan anti penjajahan yang akhirnya akan mengugat kepentingan asas dan kedudukan jajahan mereka. Akhirnya kerajaan kolonial British mengistiharkan darurat di Singapura dan Malaya pada bulan Jun 1948. Oleh sebab keadaan ekonomi masih teruk pada tahun 1947 dan tahun 1948, kesatuan sekerja kiri mengadakan mogok di Singapura dan Malaya. Pekerja mengadakan mogok kerana mereka tidak berpuas hati dengan penindasan majikan, maka mereka bangun bersama untuk menuntut upah yang rasional. Akan tetapi tuntutan pekerja pada masa itu tidak terhad kepada meningkatkan upah sahaja, malahan mereka turut menuntut kepada majikan supaya kuasa dikembalikan kepada buruh tempatan. Pendek kata, kesedaran nasionalisme adalah tinggi sama ada di Malaya (termasuk Singapura) atau tanah jajahan lain. Keadaan ini memberi ancaman yang besar kepada pihak pemerintahan kolonial British. Selain daripada itu, rakyat berbilang kaum (termasuk golongan pekerja kaum India, Cina dan Melayu) dapat bersatu dan bertindak bersama serta berkemampuan membentuk sebuah
Gambar di atas menunjukkan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA adalah angkatan gerila yang ditubuhkan dan diketuai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pencerobohan dan penaklukan Jepun terhadap semenanjung Malaya dan Singapura. Sepanjang tempoh 3 tahun dan 8 bulan bawah penaklukan Jepun, MPAJA merupakan kuasa pertentangan bersenjata rakyat Malaya yang terbesar dan paling berorganisasi.
barisan bersatu yang kuat untuk menentang kerajaan kolonial British. Terbuktilah pekerja berbilang kaum dapat memecah benteng antara kaum di bawah pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) (Nota 5). Perjuangan barisan bersatu yang dipimpini PKM ini amat membimbangkan kerajaan kolonial British dan kesatuan sekerja yang dikawal oleh mereka kerana ianya boleh menghancurkan taktik pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak pemerintahan kolonial British untuk mengekalkan pemerintahan mereka di Malaya (Nota 6).

Kerajaan kolonial British menggunakan akta perundangan untuk mengawal perkembangan kesatuan sekerja kerana tidak dapat mengawal situasi pada masa itu

Klik pemerintahan kolonial British percaya pergerakan pekerja yang tersusun pada masa itu sudah tidak dapat dielakkan. Klik pemerintahan kolonial British berfikir untuk menubuh kesatuan sekerja yang diketuai oleh mereka sendiri. Tujuan supaya mereka dapat terus mengawal perkembangan kesatuan sekerja dan memastikan kesatuan sekerja melindungi atau tidak merugikan kepentingan mereka. Dengan itu, pihak pemerintahan kolonial British telah memperkenalkan dua akta iaitu Ceylonese Trade Union Ordinance 1935 dan United Kingdom Industrial Courts Act 1919. Idea akta ini kemudian dipindah menjadi dasar kepada akta-akta kesatuan sekerja dan pendaftaran pertubuhan di Malaya (kemudian Malaysia). Contohnya Akta Pertubuhan 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan sebagainya (Harper 1999). Keadaan ini berlaku ketika British mengembalikan kuasa jajahan mereka di Singapura (termasuk Malaya) pada tahun 1945, kerajaan Parti Buruh (Labour Party) di England telah melonggarkan pelbagai kawalan ke atas hak bersuara, hak berkumpul dan hak menubuh pertubuhan yang dikenakan sebelum perang dunia. Sekatan undang-undang ke atas aktiviti politik juga didapati lebih longgar jika dibandingkan dengan keadaan sebelum itu. Akan tetapi, kerajaan kolonial British tidak akan diberi secara kosong, malahan itu sebagai satu strategi untuk mengawal semula Malaya (Harper 2002:44).

Erti kata lain, kerajaan kolonial British menggunakan akta perundangan untuk mengetatkan perkembangan pertubuhan kesatuan pekerja kerana mereka tidak dapat menghalang kebangkitan pergerakan buruh pada masa itu. Pesuruhanjaya Tinggi British mempunyai kuasa untuk mengawal pendaftaran semua pertubuhan, kesatuan dan organisasi. Pertubuhan, kesatuan dan organisasi yang dipersetujui oleh Pesuruhanjaya Tinggi British boleh menggunakan cara perundingan dalam menyelesaikan masalah di antara majikan dengan pekerja dengan keadaan yang lebih mesra (Stenson 1970: 38-53). Selain itu, kerajaan kolonial British turut melepaskan kuasa kepada pihak polis. Pihak polis mempunyai kuasa untuk menangkap atau membuang negeri kepada pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang dipercayai mendalangi mogok dari belakang tirai. (Nota 7) Pada masa itu, kerajaan kolonial British telah menangkap ramai pemimpin kesatuan sekerja. Pihak polis boleh menangkap mana-mana pemimpin kesatuan sekerja sahaja dengan sewenang-wenangnya, asalkan mereka dipercayai cuba menyebarkan hasutan “kebencian politik” atau mempunyai perhubungan dengan komunis atau pemikiran mereka berkecenderung kepada ideologi komunis. Sebenarnya, pihak pemerintahan kolonial British terpaksa menggunakan cara yang keras untuk menumpas musuh politik mereka jelasa terbukti pihak pemerintah kolonial British amat takut kepada pemikiran komunis telah disambut dan diterima secara meluas oleh rakyat pekerja dari golongan bawahan.

Perkembangan NUPW mendapat sokong dari Kerajaan kolonial British
NUPW tidak dapat buat apa-apa dalam memperbaiki kehidupan pekerja estet

P.P.Narayanan
Untuk menyelesaikan masalah ini, John Brazier selaku penasihat kesatuan sekerja kerajaan kolonial British bercadang untuk menubuh ‘kesatuan sekerja baru’ iaitu kesatuan sekerja yang berpihak kepada pihak pemerintahan kolonial British. John Brazier amat kagum dengan pemimpin Kesatuan Pekerja India Negeri Sembilan (Negeri Sembilan Indian Labour Union - NSILU) iaitu P.P. Narayanan. Pada masa itu, ada satu perkara yang tidak dapat dilupai oleh John Brazier iaitu walaupun NSILU merupakan sebuah organisasi yang kecil dan lemah tetapi NSILU berani bertampil mengadakan perundingan dengan Pan Malayan Federal of Trade Union (PMFTU) yang dipercayai mempunyai latar belakang yang kuat atau didominasi oleh fahaman komunis. Pemimpin yang terkenal dalam NSILU pada masa itu ialah P.P. Narayanan dan Choudry. Jika mengatakan kedua-dua pemimpin ini merupakan pelopor kepada anti-komunisme memang tidak melewati kebenaran. Apabila John Brazier ternampak tonjolan anti-komunis dari P.P. Narayanan, maka, beliau terus mencalonkan P.P. Narayanan mengetuai NUPW (Morais 1975; Ramachandran 1994). Di bawah pimpinan P.P. Narayanan, NUPW semakin berkembang sehingga mendominasi perkembangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaya (Malayan Trade Union Congress, MTUC).

Pada tahun 1954, terdapat 350 kesatuan sekerja di bawah NUPW dan jumlah ahli seramai 56 ribu orang. Terdapat juga banyak cawangan NUPW di negeri-negeri seperti di Seremban, Perak, Melaka dan Selangor. Ahli NUPW meningkat mendadak dari tahun 1950an hingga tahun 1960an tetapi menurun sejak tahun 1970an kerana selepas tahun 1970an perkembangan ekonomi yang bergantung kepada sektor pertanaman bertukar kepada sektor perkilangan dan pembandaran. NUPW yang bertumpu kepada sektor perladangan getah berkembang kepada sektor perusahaan pertanian komersial seperti estet kelapa sawit, kelapa, teh, koko dan nenas. Sir Donald Charles MacGillivray selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dalam ucapan perasmian penubuhan NUPW mengatakan bahawa penubuhan NUPW melambangkan perkembangan kesatuan sekerja di Malaya memasuki ke “Tahap baru”. “Tahap baru” di sini memberi maksud bahawa “keadaan lama” iaitu kelas pekerja menentang kolonialisme telah bertukar kepada “keadaan baru” iaitu NUPW yang dikuasai oleh klik pemerintahan kolonial British akan memainkan peranan yang lebih penting dalam menjaga kepentingan kolonialisme. Tahap baru ini jelas bertentang dengan komuniti India serta rakyat semua kaum yang ingin menentang kolonialisme. Maka dengan itu, ia pasti akan menemui kegagalan. 

P.P.Narayanan telah memimpin NUPW sejak tahun 1954 sehingga beliau bersara pada tahun 1993 iaitu hampir 40 tahun. Falsafah pekerjaan beliau iaitu pekerja yang bekerja sepenuh masa perlu membayar gaji sepenuh masa, pekerja perlu menikmati suasana pekerjaan dan persekitaran perumahan yang lebih baik, kanak-kanak memperolehi peluang bersekolah, pekerja yang kehilangan pekerjaan kerana sakit atau bersara masih mampu melindungan dan menanggung kehidupan keluarga dan diri sendiri (Morais 1975). Akan tetapi, cara perjuangan NUPW di bawah pimpinan P.P.Narayanan adalah melalui perundingan pekerja dengan majikan estet atau pihak kerajaan. Maka dengan itu, selama 60 tahun sejak penubuhan NUPW, pekerja-pekerja estet masih tidak berhenti-henti menuntut peningkatan gaji minimum, kemudahan asas perladangan dan persekitaran di tempat tinggal dan pekerjaan di ladang. Ini terbukti dengan debatan yang meyakinkan bahawa NUPW yang berperanan sebagai organisasi kepimpinan pekerja estet yang terbesar tidak dapat buat apa-apa dalam memperbaiki kualiti hidup dan syarat pekerjaan di kalangan pekerja-pekerja estet. Sebenarnya ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan perkembangan ekonomi yang dibawa oleh pekerja-pekerja estet kepada negara dalam sektor perladangan dengan situasi penderitaan yang diperolehi oleh mereka. Ini telah menghasilkan perasaan geram dan kecewa di kalangan pekerja-pekerja estet. 

Menurut pengajian Manickam, pemimpin NUPW pernah memperalatkan kepatuhan dan kelemahan yang ada pada ahli-ahli NUPW untuk memperolehi kepentingan diri. Dalam satu liputan media dari The Star pada 29 April 1989 membongkar bahawa pendapatan tahunan lima eksekutif mencecah sebanyak tiga perempat dari jumlah yuran yang dibayar oleh 180 ahli pekerja dari NUPW. Jelas bahawa pemimpin NUPW sering menggunakan sumber-sumber pendapatan dari organisasi untuk menanggung penyertaan mereka dalam persidangan luar negara. Tetapi apa yang lebih jelas apabila rata-rata pekerja estet India masih hidup dalam keadaan yang sengsara. Satu lagi contoh ialah pada tahun 2007, satu perundingan yang disertai oleh pemimpin NUPW dan pihak kerajaan telah mempersetujui gaji minimum pekerja-pekerja estet adalah sebanyak RM350 sebulan. Ini merupakan satu perkara yang amat melucukan apabila RMKe-8 menetapkan kadar kemiskinan isirumah di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM540 sebulan. Ini bermakna NUPW setuju pekerja-pekerja estet memperolehi gaji minimum bulanan yang lebih rendah dari paras kemiskinan. Ini terbukti penubuhan NUPW sebenarnya merupakan taktik kerajaan kolonial British untuk menghalang tindakan yang adil dari para pekerja dalam memperjuangkan layanan yang rasional. Ini kerana pekerja terpaksa mengadakan mogok untuk memperjuangkan layanan yang rasional. Keadaan ini telah memberi gangguan kepada banyak perkilangan dan seterusnya mempengaruhi kepentingan majikan dan kerajaan. Walaupun NUPW sudah lama ditubuhkian, namun tiada apa-apa perubahan kepada kehidupan dan pekerjaan di kalangan rakyat pekerja khususnya pekerja India merupakan bukti yang kukuh menunjukkan kegagalan NUPW (Manickam 2009:245-254).

Secara keseluruhannya, komuniti India terutamanya rakyat pekerja yang paling bawahan sudah sedar melalui pengalaman perjuangan mereka dari CIAM ke NUPW. Khayalan mereka tetap akan pecah apabila mereka bergantung kepada kesatuan-kesatuan pekerja yang dikuasai oleh klik pemerintahan kolonial British secara langsung atau tidak langsung dari belakang ataupun bergantung kepada pemimpin India yang tidak berani menentang kedudukan pemerintahan kolonial British. Untuk meneruskan kehidupan, buruh India tetap akan mencari perjalanan yang lain untuk cuba mencapai hasrat mereka.

Klik pemerintahan UMNO memperalatkan MIC untuk menutup pemerintahan hegemoni perkauman UMNO

(3.3) MIC dan Kesedaran Politik Komuniti India

Gambar di atas menunjukkan perwakilan-perwakilan dari tiga pihak (kerajaan penjajah British, Sultan-sultan dan UMNO) berbincang tentang Cheeseman Report dalam mesyuarat yang diadakan pada bulan April, 1947. Selepas 3 bulan, satu deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah dikemukakan.
Selepas Jepun menyerah kalah, Kerajaan kolonial British kembali berkuasa dan memperkenalkan “Malayan Union”. Oleh sebab Malayan Union mendapat tentangan yang kuat dari kumpulan bangsawan Melayu dan elit Melayu (Nota 8) kerana mereka bimbang kewibawaan Sultan, agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu akhirnya akan lenyap di bawah perancangan Malayan Union, maka kerajaan kolonial British berundur dengan mengadakan rundingan sulit dengan Sultan dan UMNO (dikenali sebagai perwakilan 3 pihak) dan kemudian mengemukakan satu perancangan yang baru iaitu “Persekutuan Tanah Melayu”. Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu rancangan baru di mana 9 negeri-negeri Melayu dan 2 penempatan jajahan British iaitu Penang dan Melaka (Rancangan ini memisahkan Singapura dari Malaya) akan bergabung di bawah perlindungan British. Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu sistem pentadbiran baru berdasarkan kepada Perjanjian negeri-negeri Tanah Melayu (iaitu Perjanjian di antara kerajaan kolonial British dengan Raja-raja Melayu) dan Perjanjian Persekutuan (iaitu Persekutuan Tanah Melayu). Menurut perjanjian persekutuan yang baru ini, kerajaan persekutuan akan melibatkan seorang Pesuruhanjaya Tinggi British lantikan Raja British yang bertanggungjawab mempengerusi Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Erti kata lain, cadangan penggubalan undang-undang perlu mendapat persetujuan daripada Pesuruhanjaya Tinggi British dan Raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum dihantar ke Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Selepas itu, Jawatankuasa Kerja Perlembagaan telah ditubuhkan oleh perwakilan dari 3 pihak untuk menggubal satu rangka perlembagaan  Persekutuan Tanah Melayu dengan cara autokratik, iaitu tidak mempertimbangkan cadangan pihak lain. Deraf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) tersebut merupakan cadangan rangka perlembagaan baru setelah Persekutuan Tanah Melayu memperolehi merdeka daripada pihak penjajahan British. 

MIC mendapat sokongan dari komuniti India kerana mendukung Perlembagaan Rakyat

Gambar sebelah kiri: Pengerusi MIC yang pertama, John Thivy. Gambar sebelah kanan: Pengerusi Central Indian Association of Malaya (CIAM), Raghavan.
Setelah dua pemimpin komuniti India iaitu John Thivy dan Raghavan dibebaskan dari tahanan oleh kerajaan kolonial British pada bulan April 1946, mereka mula mengemukakan pandangan mereka secara proaktif ke atas rancangan Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan PTM hasil kerja kerajaan kolonial British. Pada masa yang sama, mereka juga mengumpul pandangan masyarakat komuniti India ke atas rancangan kerajaan kolonial British tersebut. Usaha-usaha mereka telah membawa kepada penubuhan MIC pada 2hb Ogos 1946 (Nota 9). Pada peringkat awal penubuhan MIC telah mencetus pepecahan dalam masyarakat komuniti India. Contohnya General Labour Union (GLU) tidak setuju dengan MIC kerana menubuhkan Jabatan Buruh dalam MIC. Mereka berpendapat bahawa masalah persengketan antara buruh dan majikan perlu dilaksanakan oleh GLU. Selain itu, terdapat segolongan elit India tidak setuju dengan pendirian Thivy berkenaan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu (Nota 10). Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang MIC dari bergabung dengan parti-parti lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU) dan sebagainya untuk menentang deraf Perlembagaan PTM yang disediakan oleh kerajaan kolonial British. Salah satu perkara yang menjadi kebimbangan MIC ialah deraf Perlembagaan PTM yang mengetatkan syarat-syarat kewarganegaraan ke atas golongan non-Melayu.

Rakyat berbilang kaum yang berganding bahu di bawah satu barisan bersatu demi menentang rancangan Persekutuan Tanah Melayu dan deraf Perlembagaan PTM telah menubuh Jawatankuasa Se-Malaya untuk Tindakan Bersama (All Malayan Council for Joint Action, AMCJA) (tarikh penubuhan pada 22 Disember 1946) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (tarikh penubuhan pada 2 Februari 1947). Selepas melalui proses perbincangan berdasarkan semangat demokrasi, akhirnya AMCJA-PUTERA berjaya melahirkan satu rangka perlembagaan alternatif yang bersifat tolerasi dan menjaga ciri-ciri kepelbagaian budaya kaum-kaum Malaya, dan dinamakan sebagai ‘Perlembagaan Rakyat’ untuk mengganti deraf Perlembagaan PTM. Semua parti yang bersatu di bawah AMCJA-PUTERA telah menunjukkan semangat demokrasi dan lebih menjaga hak asasi rakyat berbilang kaum berbanding dengan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan, demi berjuang untuk penubuhan kerajaan kesatuan Malaya (termasuk Singapura) dan berjuang untuk berkerajaan sendiri.

Untuk menunjukkan Perlembagaan Rakyat mendapat sokongan yang ramai dari kalangan rakyat, AMCJA-PUTERA mengadakan perhimpunan, ceramah dan perarakan di seluruh negara. Namun begitu, kerajaan kolonial British masih tidak memperdulikannya. Maka dengan itu, AMCJA-PUTERA melancar pemogokan niaga pada 20 Oktober 1947 yang dikenali sebagai hartal iaitu memperhentikan segala aktiviti perniagaan di seluruh negara sebagai satu tindakan yang penting untuk menarik perhatian kerajaan kolonial British ke atas isu ini. Dalam pemogokan niaga, peranan MIC tidak dapat dinafikan apabila terdapat kira-kira 90% orang India dari kalangan kelas pekerja menyambut seruan AMCJA-PUTERA. 

Gambar di atas menunjukkan laporan The Singapore Free Press terhadap kejadian HARTAL.
Walaupun pemogokan niaga berjaya menyebabkan ekonomi negara hampir lumpuh, akan tetapi, kerajaan kolonial British tetap tidak menerima Perlembagaan Rakyat, malahan menerima deraf Perlembagaan PTM pada 1hb Februari 1948. Tidak lama kemudian, kerajaan kolonial British mengisytiharkan Darurat di Malaya setelah Parti Komunis Malaya melancarkan perjuangan bersenjata pada bulan Jun 1948 (Nota 11), Kebanyakan Pertubuhan-pertubuhan dan organisasi-organisasi yang menyertai gabungan bersama pelbagai kaum AMCJA-PUTERA telah dikecap oleh pihak kerajaan, yang selebihnya juga bubar secara automatik. Akan tetapi, MIC tidak lenyap begitu sahaja tetapi mengambil keputusan untuk menghentikan segala aktiviti politik buat sementara waktu. Namun begitu, MIC masih memberi perhatian terhadap perkembangan deraf Perlembagaan PTM. Disamping itu, MIC turut mengarah ahli-ahlinya supaya menolak pelantikan wakil dari komuniti India di dalam Majlis Perundangan Negeri untuk menunjukkan parti tersebut menyokong Perlembagaan Rakyat dan membantah deraf Perlembagaan PTM (Nota 12).

Terdapat segolongan profesional dan peniaga orang India yang memang tidak setuju dengan tindakan MIC menyertai AMCJA sejak awal lagi tidak mahu menerima apa-apa perintah dari MIC. R.Ramani selaku peguam terkenal di Malaya pada masa itu telah menghantar satu laporan kepada kerajaan India dan mengharapkan kerajaan India mempertimbangkan semula cadangan untuk memberi warganegara India yang bekerja di Malaya memiliki kewarganegaraan ganda (Malaya dan India) setelah Malaya mencapai kemerdekaan. Akan tetapi, kerajaan India tidak setuju orang India yang memperolehi kewarganegaraan di Malaya pada masa yang sama memiliki kewarganegaraan India. Apabila mengetahui bahawa deraf perlembagaan PTM yang disediakan oleh wakil 3 pihak akan dilancar secara paksaan ke atas semua rakyat, dan di samping itu kekuatan AMCJA-PUTERA adalah tidak mencukupi untuk melawan tindakan keras klik pemerintahan Malaya, maka dalam situasi politik yang baru ini, semua rakyat mengalami dilemma sama ada memohon menjadi warganegara PTM atau terus pulang ke negara asal mereka iaitu negara India. Pendirian MIC pada masa itu ialah menyokong semua orang India di Malaya yang layak mengambil peluang ini untuk memohon berdaftar menjadi warganegara PTM. Maka dengan itu, MIC mula melancarkan kempen kesedaran di seluruh negeri kepada komuniti India berkenaan dengan kepentingan berdaftar menjadi warganegara PTM. MIC turut memberi bantuan kepada orang India untuk memohon menjadi warganegara, menggalakkan orang India menguasai Bahasa Melayu serta mendesak kerajaan menawarkan pelbagai bahan bacaan Bahasa Melayu dan mewajibkan Bahasa Melayu diajar di semua sekolah Tamil.

Perjuangan MIC berubah dari kira ke kanan
Akhirnya dibuang oleh komuniti India

Gambar sebelah kiri: pengerusi MIC yang ketiga, K. Ramanthan. Gambar sebelah kanan: pengerusi MIC yang keempat, K. L. Devaser.
Pada tahun 1950, apabila K. Ramanathan dilantik menjadi pengerusi ketiga MIC telah mengubahkan perjuangan MIC dengan bekerjasama dengan kerajaan kolonial British dan menarik balik penentangan MIC terhadap deraf perlembagaan PTM sebelum ini. Pada tahun 1951, MIC di bawah pimpinan pengerusi keempat MIC iaitu Devaser telah membawa MIC menyertai Perikatan secara rasmi pada bulan April 1955 (Nota 13) dan bersama-sama menghadapi pilihanraya umum dengan UMNO dan MCA pada tahun 1955. Akhirnya Parti Perikatan telah memperoleh kemenangan yang hampir bersih, iaitu dengan memenangi 51 kerusi parlimen daripada 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan. 2 kerusi parlimen telah dimenangi oleh wakil dari calon MIC. Pada masa itu, ADUN Sungai Siput iaitu V.T. Sambantan telah dilantik menjadi ahli kabinet. Selepas tahun 1955, MIC menjadi rakan setia kepada Perikatan dan Barisan Nasional sehingga sekarang. Erti kata lain, MIC memang pernah memainkan peranan yang penting dalam pergerakan demokratik kebangsaan Malaya ketika zaman pemerintahan kolonial British. Tetapi setelah MIC menyertai Perikatan, tiada bukti sokongan yang kukuh bahawa MIC menyumbang jasanya dalam gerakan anti-kolonialisme baru dan menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO sepanjang Malaya mencapai merdeka selama 57 tahun. Secara keseluruhannya, pertubuhan MIC memang memberi sedikit harapan kepada komuniti India tetapi harapan mereka hampir hancur apabila masa beredar. MIC sebagai rakan politik ketiga terbesar dalam Perikatan (Barisan Nasional) langsung tidak dapat memberi bantuan dan peningkatan kepada sosioekonomi komuniti India menyebabkan rakyat pekerja di kalangan komuniti India berasa amat kecewa dan geram ke atas MIC.

MIC menubuh koperasi bantu diri untuk menutup penindasan dari klik pemerintah ke atas komuniti India

Gambar di atas menunjukkan anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) pada tahun 1959. Barisan hadapan dari kiri: Abdul Aziz Ishak, V.T. Sambanthan, Dato' Abdul Razak Hussein, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, H.S. Lee, Sulaiman Dato' Abdul Rahman and Sardon Hj. Zubir. Barisan belakang dari kiri: Ong Yoke Lin, Abdul Rahman Talib, Mohamed Khir Johari, Tan Siew Sin, and Bahaman Shamsuddin (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Dua punca kekecewaan rakyat pekerja di kalangan komuniti India terhadap MIC. Yang pertama, pemimpin pusat MIC tidak memperjuangkan sesuatu polisi yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti India secara berkekalan. Pemimpin MIC hanya bertunduk patuh kepada Perikatan atau Barisan Nasional dengan meminta sedekah daripada mereka sahaja. Yang kedua, pucuk pemimpin tertinggi MIC sering melibatkan diri dalam konflik dalaman. Tujuan ialah menipu komuniti India untuk membolehkan mereka menggunakan kedudukan sebagai wakil MIC berkongsi sedikit kek dari elit UMNO. MIC tidak menentang dasar pemerintahan hegemoni perkauman UMNO tetapi memilih untuk menubuh koperasi bantu diri dengan menggalakkan ahli MIC dan pekerja-pekerja estet membeli saham koperasi supaya fragmentasi tanah yang dilancarkan oleh pihak kerajaan tidak mempengaruhi pekerja-pekerja estet. Sebenarnya, penubuhan koperasi bantu diri yang digalakkan oleh MIC terpesong menjadi alat pemimpin MIC untuk menenangkan hati serta berbohong kepada penyokong mereka untuk mengukuhkan kedudukannya dalam MIC sahaja. Antara koperasi bantu diri sendiri seperti National Land Finance and Cooperation Society (NLFCS), Syarikat Kerjasama Nesa Pelbagai (Nesa), Koperasi Belia Majujaya (Majujaya), Koperasi Pekerja Jaya (KPJ) dan Maika Holdings (Anbalakan 2008: 157-197).

Fragmentasi tanah sudah bermula sejak Malaya berada dalam keadaan darurat. Fragmentasi tanah menjadi semakin serius selepas Malaya mendapat kemerdekaan. Data menunjukkan seluas 324,931 ekar tanah estet telah dipecahbahagi di antara tahun 1950 hingga tahun 1967 dan seramai 28,363 orang buruh terjejas (Stenson 1980:202). Fragmentasi tanah turut mengakibatkan sebilangan besar buruh estet kehilangan kerja. Oleh sebab pihak kerajaan tidak memperduli tuntuan dari MIC dan NUPW, maka MIC terpaksa bertampil ke depan mencari jalan untuk membantu para buruh membeli tanah estet yang terjejas akibat daripada berlakunya fragmentasi tanah. Sehubungan itu, Sambanthan selaku pengerusi kelima MIC telah menubuh NLFCS pada Mei 1960 yang bertujuan untuk menggalakkan buruh estet mengumpul modal melalui pemberian saham untuk membeli tanah estet. Setiap ahli dalam NLFCS perlu memberi saham yang bernilai sebanyak RM100 dan perlu menanggung sebanyak RM10 sebulan. Pada Ogos 1961, NLFCS berjaya membeli estet pertamanya iaitu Ladang Bukit Sidim di Kedah yang mempunyai keluasan hampir 3 ribu ekar dengan harga sebanyak RM3.3 juta. Kejayaan ini telah menyakinkan buruh estet (Anbalakan 2008: 162-163). Ekoran daripada itu, bilangan ahli NLFCS meningkat kepada 29 ribu dengan modal saham terkumpul sebanyak RM7.6 juta menjelang tahun 1963 (Gomez 1994: 249). Ada data yang menunjukkan NLFCS berjaya membeli 18 keping tanah estet di merata tempat dalam tempoh masa 8 tahun iaitu dari tahun 1961 hingga 1969. Ada ahli akademik yang mengejek sekiranya tiada usaha dari NLFCS, besar kemungkinan pegangan orang India dalam ekonomi negara tidak sampai 1% pun (Anbalakan 2008: 163,195).

Syarikat koperasi menjadi alat pemimpin MIC untuk menelan duit susah komuniti India

Ketika hidup mati kaum minoriti atau non-Melayu sudah sampai ke saat genting apabila kerajaan UMNO atau BN sedang bertungkus lumus melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu semata-mata, MIC pula terlibat dalam konflik dalaman. Pengerusi MIC Sambanthan mula dipertikaikan oleh pesaing kuat dari Manikavasagam dengan mengatakan pengerusi tidak pernah meningkatkan ekonomi komuniti India walaupun sudah 18 tahun tempoh memegang jawatan. Oleh sebab perebutan kuasa dalam parti semakin hangat, Perdana Menteri semasa serta pengerusi UMNO, Tun Abdul Razak telah bercampur tangan dalam konflik dalaman MIC. Akhirnya ia memaksa Sambathan meletak jawatan dan memberi jalan kepada Manikavasagam untuk menjawat jawatan sebagai pengerusi keenam MIC. Namun begitu, kedudukan ekonomi komuniti India tidak bertambah baik ekoran daripada pertukaran pengerusi MIC. Majoriti komuniti India masih berasa bimbang ke atas pelaksanaan DEB. Oleh sebab Manikavasagam juga tidak dapat memaksa UMNO meninggalkan agenda ekonomi orang Melayu, maka beliau turut menggunakan cara yang sama iaitu menubuh Syarikat Kerjasama Nesa Pelbagai (Nesa) untuk meningkatkan ekonomi komuniti India secara diri sendiri. Selepas itu, perkara yang sama sering berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin MIC. Demi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam MIC ataupun berhasrat untuk merebut kuasa yang lebih besar dalam MIC, mereka sering menggunakan cara pengorganisasian syarikat melalui penubuhan “koperasi bantu diri sendiri” yang bermotif untik mengaut kepentingan politik diri sendiri. Contoh: Pada tahun 1977, Timbalan Pengerusi MIC semasa Pathamanaban telah menubuh Koperasi Belia Majujaya (Majujaya). Pada tahun 1978, Samy Vellu juga menubuh Koperasi Pekerja Jaya (KPJ) setelah menghadapi cabaran yang kuat dari pesaingnya dalam MIC. Selepas itu, Samy Vellu menubuhkan lagi Maika Holdings Bhd. (Maika) pada tahun 1982. Penubuhan Maika bertujuan untuk membolehkan Samy Vellu mengarah orang kepercayaan atau wakilnya yang ditempatkan dalam Maika untuk menentukan pelaburan dalam bidang perniagaan tertentu. 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa syarikat atau koperasi ini mendapat sokongan dari komuniti India pada awal penubuhannya. Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut melancarkan rancangan perumahan, bantuan golongan belia India dalam menceburikan diri dalam perniagaan kecil seperti bidang pencetakan, perlancongan, menggalakkan komuniti India membeli saham, harta tanah dan menawarkan rumah kos rendah kepada komuniti India yang miskin dan sebagainya. Sama ada komuniti India benar-benar memanfaat dari perancangan-perancangan ini atau hanya sebagai alat yang menguntungkan kroni-kroni parti sahaja memang merupakan sesuatu persoalan yang bernilai untuk difikir oleh semua orang. Tetapi apa yang pasti ialah syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi ini mempunyai perhubungan dengan pemimpin MIC sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maka dengan itu, syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi ini menjadi alat pemimpin MIC untuk mengukuhkan atau meningkatkan jawatan mereka di dalam parti. Keadaan ini sudah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan komuniti India. Satu contoh yang jelas dan memang dikenali oleh orang ramai boleh digunakan untuk menerangkan situasi tersebut, iaitu isu korupsi yang melibatkan pengerusi MIC terlama (1979 ~ 2010), Samy Vellu. Isunya berkenaan dengan bagaimana pemimpin parti menggunakan kesenangan kuasanya dalam syarikat untuk membahagikan saham yang diberi oleh pihak kerajaan kepada kroni-kroni atau saudara maranya. Maika merupakan sebuah syarikat yang dikuasai Samy Vellu. Pada tahun 1990, kerajaan telah menswastakan syarikat Tenaga Nasional dan kemudian membahagikan saham Tenaga Nasional mengikut komposisi kaum. Pada 4hb Oktober, syarikat Maika Holding menerima surat rasmi dari Kementerian Kewangan bahawa syarikat tersebut memperolehi 10 juta saham. Setelah berita tersiar, Samy Vellu terus membuat penjelasan bahawa syarikat Maika Holding hanya mendapat 1 juta saham sahaja. Setelah beberapa bulan, terbukti bahawa syarikat Maika Holding memang mendapat 10 juta saham dari Tenaga Nasional tetapi setelah campur tangan Samy Vellu akhirnya syarikat Maika Holding hanya mendapat 1 juta saham sahaja. Samy Vellu telah membahagikan 9 juta saham
Pengerusi MIC ketujuh dan yang berjawatan paling lama, Sammy Vellu
yang selebihnya itu kepada syarikat saudara maranya iaitu Clearway Sdn. Bhd., SB Management Services Sdn. Bhd. Dan Advance Personal Computers Sdn. Bhd. (dua syarikat yang pertama ialah “syarikat RM2” yang masing-masing berdaftar pada tahun 1988 dan 1989 tetapi tidak pernah menjalani apa-apa pengoperasian atau tidak memiliki apa-apa modal atau saham. Akan tetapi, pengarah dari kedua-dua syarikat ini ialah anak dan adik saudara Samy Vellu. Manakala syarikat yang seterusnya merupakan sebuah syarikat yang mengalami kerugian). Orang ramai mempertikaikan keputusan Samy Vellu membahagikan 9 juta saham miliki Maika Holding kepada ketiga-tiga syarikat tersebut. Mereka menjadi sangat berang apabila Biro Rasuah yang membuat siasatan ke atas kes ini telah membersihkan tuduhan terhadap Samy Vellu dan dibebaskan dari hukuman. 

Isu Maika Holding sebagai satu titik letupan sahaja. Sebenarnya komuniti India sudah bosan dengan pemimpin-pemimpin MIC yang selama ini tidak membangunkan perniagaan syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi dengan bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada komuniti India atau mempunyai perancangan yang baik untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi komuniti India. Mereka sudah sedar pemimpin-pemimpin MIC hanya menggunakan kesenangan mereka dalam kedudukan politik untuk menguasai pembangunan syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi. Dan kemudian menguasai syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi tersebut untuk menipu penyokong mereka dan komuniti India bahawa kedudukan sosioekonomi mereka akan meningkat setelah memiliki saham syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi ini. Pemimpin-pemimpin MIC pula saling bersaing dengan memperalatkan syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi tersebut supaya mereka dapat terus menjadi pemimpin parti untuk mengaut kepentingan diri sendiri. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pepecahan dalam MIC malahan mendatangkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi tersebut. Pemimpin-pemimpin MIC akhirnya menelan semua wang hasil darah dan keringat dari rakyat pekerja komuniti India. Ini terbukti bahawa syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi bantu diri sendiri yang ditubuh oleh MIC tidak dapat meningkatkan kedudukan sosioekonomi komuniti India dan akhirnya mengakibatkan komuniti India hilang kepercayaan ke atas MIC.

Kesedaran politik komuniti India sudah meningkat akibat perlakuan pemimpin MIC yang amat mementingkan diri sendiri, tamak dan korupsi. Ini juga menyebabkan mereka sedar bahawa MIC tidak mempunyai satu perancangan yang konkrit untuk memastikan komuniti India bebas daripada penderitaan tetapi hanya akan melancarkan rancangan “bantu diri sendiri” yang bersifat mengkerdilkan kaum sendiri dengan menubuhkan syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi. Oleh sebab MIC telah menjadi alat pemerintahan hegemoni perkauman UMNO semata-mata, maka dengan itu, komuniti India akan terus dikorban sepanjang arus pembangunan ekonomi negara dan terus menjadi golongan paling bawahan yang ditindas dan diperkudakan.


(4) PENGARUH DASAR PERKAUMAN NEGARA KEPADA KOMUNITI INDIA

Gambar di atas ialah Laporan Institutional Perkauman dan Kebebasan Agama Di Malaysia.
Malaysia telah mencapai Merdeka selama 57 tahun. Setakat ini, kerajaan UMNO atau BN telah melaksanakan 10 Rancangan (5 Tahun) Malaysia (Rancangan Malaysia Pertama – Rancangan Malaysia Kesepuluh). Daripada itu, Malaysia telah melaksanakan tiga peringkat dasar secara beransur-ansur iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001-2010. Seperti yang diketahui, teras utama rancangan-rancangan dan dasar-dasar tersebut adalah berasaskan kepada semangat DEB iaitu bergerak ke arah untuk meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu semata-mata secara bermatlamat dan bersistematik. Walaupun Laporan Rancangan Malaysia sering menjelaskan bahawa kerajaan (BN) akan berusaha untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi kaum Melayu, di samping itu  turut akan mengurangkan jurang pendapatan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan rakyat jelata. Akan tetapi, pembangunan ekonomi negara sebenarnya hanya menguntungkan klik pemerintahan dan kroni-kroni parti semata-mata. Tambahan lagi, pembangunan negara dari segi politik, sosial dan budaya sebenarnya semakin cenderung ke arah Islaminasi. Maka dengan itu, rakyat berbilang kaum sudah sedar bahawa kerajaan BN yang didominasi oleh UMNO tidak pernah memberi layanan yang adil dan munasabah untuk menjaga hak-hak asasi yang sepatut dinikmati oleh semua kaum terutamanya kaum bukan Melayu. 

Dr. Lim Teck Ghee
Dr. Lim Teck Ghee (Nota 14) pernah mengemukakan sebuah Laporan Kajian Pembahagian Ekuiti Korporat di Malaysia ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Pengajian Polisi Umum di Institut Kepimpinan dan Strategik Asia (ASLI). Dalam hasil kajian tersebut, beliau telah merumuskan bahawa sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah DEB telah melebihi matlamatnya iaitu mencapai sekitar 45 peratus (TheSundaily 2006). Pada bulan April 2012, Dr. Lim Teck Ghee sekali lagi mempertikaikan kata-kata Perdana Menteri Najib iaitu pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam negara hanya mencapai 23.09 peratus. Tambahan beliau, DEB hanya menjaga kroni-kroni parti Melayu dan GLCs (TheMalaysianInsider 2012). Pengerusi HINDRAF Waytha Moorthy ketika melarikan diri ke luar negara telah mengemukakan Laporan Institusional Perkauman dan Kebebasan Agama di Malaysia (Institutional Rasism and Religious Freedom in Malaysia). Dalam laporan tersebut, beliau mengatakan bahawa DEB merupakan sebuah dasar yang bertujuan untuk mengemukkan sesetengah kaum iaitu sebuah enjin perubahan sosial yang khususnya kepada masyarakat Melayu Muslim. DEB yang berteraskan kepada semangat “Ketuanan Melayu” telah mengakibatkan kaum bukan Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menjadi Rakyat Kelas Kedua. Pada masa yang sama, DEB juga menyebabkan masyarakat bukan Melayu Muslim tidak dapat menuntut diri mereka sebagai orang Malaysia yang memiliki hak dan kepentingan yang sama rata. Maka dengan itu, mereka akan terus berada dalam kedudukan dijajahi pihak pemerintah.

Waytha Moorthy
Data kerajaan menunjukkan kadar kemiskinan negara telah berkurangan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 3.8% pada tahun 2009 (RMKe-10 2011-2015:148). Jika meneliti secara mendalam, kita mendapati masih wujud ketidaksamarataan jurang pendapatan di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Di sini mengambil contoh dari data kerajaan. Kita mendapati pemilikan ekuiti korporat Bumiputera meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 21.9% pada tahun 2008. Manakala, pemilikan ekuiti korporat komuniti India didapati kekal di bawah 2% sejak tahun 1970 hingga ke tahun 2010 (RMKe-10 2011-2015:148). Selain itu, beberapa perkara seperti kualiti hidup, persekitaran tempat tinggal dan pekerjaan, kemudahan-kemudahan asas, tahap pendidikan, kemahiran mengikut jenis-jenis pekerjaan di kalangan komuniti India di kawasan luar bandar dan bandar secara realitinya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Sebenarnya, kita mendapati bahawa kerajaan BN sudah mengenalpasti wujud masalah kemiskinan di kalangan pekerja estet yang majoritinya komuniti India sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMT) 1976-1980. Namun, tiada langkah-langkah yang khusus dan berkesan untuk memperbaiki kehidupan komuniti India. Keadaan ini kekal sehingga Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) 2001-2005. Dalam RMK-8, kerajaan BN “menetapkan matlamat” dengan berjanji buat pertama kali bahawa akan meningkatkan pemilikan ekuiti etnik India kepada 3% menjelang tahun 2010. Selepas itu, oleh sebab kerajaan BN tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan sebelum ini, maka matlamat 3% ekuiti etnik India tersebut dilanjutkan lagi ke tahun 2020 (RMKe-9 2006-2010).

Pelbagai cadangan untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi komuniti India telah dikemukakan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10. Dalam tempoh masa itu, pelbagai rancangan perusahaan seperti syarikat perdagangan, perniagaan, latihan kemahiran serta bantuan kewangan melalui Pusat GiatMARA, Pusat Putra dan skim amanah terpilih seperti Amanah Saham Wawasan 2020 dan Amanah Saham Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan. Rancangan-rancangan tersebut ditawarkan secara terbuka kepada komuniti India untuk membuat permohonan dan penyertaan. Oleh sebab majoriti pekerja estet yang bekerja di dalam ladang getah dan kelapa sawit adalah komuniti India, maka, Rancangan Malaysia Ke-10 turut mencadangkan pelbagai langkah untuk mempertingkatkan kedudukan sosio ekonomi komuniti pekerja ladang. Antaranya termasuk bagaimana memperbaiki tempat kediaman dan pekerjaan, meningkatkan kemudahan infrastruktur dalam ladang, pendidikan dan latihan kepada komuniti India. Mari kita sama-sama menunggu dan melihat sama ada rancangan-rancangan dan langkah-langkah tersebut betul-betul dilaksanakan dan berjaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi komuniti India seperti mana yang dirancangkan, ataupun ianya sekadar langkah sambil lewa yang semata-mata bertujuan untuk menenangkan ketidakpuashatian komuniti India terhadap kerajaan BN yang kian membara (Nota 15). Namun begitu, apa yang pasti adalah jikalau tidak menjalankan perubahan dalam sistem dan dasar negara, atau selagi UMNO tidak mengubah dasar “Ketuanan Melayu” dan “Islaminasi Negara” yang diutarakan oleh mereka, rancangan-rancangan dan dasar-dasar yang dikemukakan oleh mereka hanyalah sebagai taktik melegakan situasi kritikal sahaja. Ia pasti tidak dapat menyakini komuniti India. 

Gambar di atas menunjukkan Perdana Menteri Najib dalam majlis perasmian perhimpunan UMNO pada 27 Nov 2014. Dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri Najib berpusing 180 darjah apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan, bahkan diperkasakan lagi dengan memasukkan artikel-artikel yang melindungi kesucian agama Islam dan melarang penghinaan terhadap agama yang lain-lain. Pada masa yang sama, artikel yang berkenaan pengambilan tindakan terhadap mana-mana anggota demokrasi yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia juga dimasukkan. Ternyatanya ideologi pentadbiran negara Perdana Menteri Najib yang didakwa diri sebagai "kesederhanaan" (moderates) telah cerai-berai.
Setelah Perdana Menteri Najib merangkap menjadi Perdana Menteri Keenam, Najib telah memperkenalkan matlamat dan slogan ‘1Malaysia’ melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) 2011-2015. Najib menggambarkan masyarakat bahagia di bawah konsep ‘1Malaysia’ akan menjamin kebahagiaan semua rakyat dan menyelamatkan komuniti miskin dari kemelut kemiskinan tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan. Sebenarnya memang tiada apa-apa perbezaan di antara PM Najib dengan Perdana Menteri sebelumnya. Mereka tetap menggunakan pemikiran yang bersifat perkauman sempit dalam membangunkan sosioekonomi Malaysia. Sebenarnya PM Najib tidak mengakui kedudukan yang sah dari segi undang-undang komuniti bukan Melayu. Oleh sebab Najib tidak dapat mengubah kenyataan di mana ekonomi sedunia kini sudah beralih ke arah Timur, maka Najib menggunakan fakta sejarah iaitu Malaysia merupakan sebuah negera yang dibentuk dari pelbagai kaum dan budaya, sebagai alasan beliau untuk mendekati negara China, India dan Indonesia. Jika ada sesiapa yang percaya atau berpendapat bahawa PM Najib lebih terbuka atau lebih sederhana berbanding dengan Perdana Menteri yang lain, sebenarnya mereka sedang menipu sendiri dan masih mempunyai khalayan terhadap PM Najib,UMNO atau kerajaan BN. 

Apabila komuniti India tertindas sedar bahawa UMNO atau kerajaan BN tidak berhasrat untuk mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi mereka; dan harapan yang ditaruhkan ke atas pelbagai pertubuhan dan parti seperti Central Indian Association of Malaya (CIAM), National Union of Plantation Workers (NUPW) dan Malaysian Indian Congress (MIC) dan sebagainya untuk membantu mereka, telah hancur berkecai, menyebabkan mereka tidak tertahan dengan regim pemerintahan hegemoni perkauman UMNO dan kedudukan sosioekonomi yang mereka alami. Dalam keadaan terdesak ini, mereka sudah tiada apa-apa pilihan selain menunggu peluang yang membolehkan mereka bersatu untuk mengeluarkan raungan yang kuat terhadap UMNO dan kerajaan BN. Akhirnya, satu “Perhimpunan HINDRAF” yang terharu bangkit di Bandaraya Kuala Lumpur iaitu demonstrasi HINDRAF pada 25hb November 2007. Demontrasi ini menakutkan klik pemerinthan UMNO dan BN serta semua rakyat di Malaysia. Demontrasi ini juga menjadi tumpuan para demokrat di seluruh dunia yang memberi perhatian kepada pergerakan hak dan demokrasi di Malaysia. Maka dengan itu, perkembangan dari insiden “Perhimpunan HINDRAF pada 25hb November 2007” kepada pergerakan HINDRAF jelas menunjukkan bahawa kesedaran politik komuniti India paling bawahan sudah sampai ke satu puncak yang baru. Pergerakan HINDRAF menunjukkan bagaimana komuniti tertindas memperjuangkan hak yang adil, munasabah dan sah dari segi undang-undang. Pergerakan HINDRAF merupakan satu pergerakan komuniti yang memperjuangkan hak kesamarataan diri sendiri. Maka dengan itu, ia sepatutnya mendapat tumpuan dari semua kaum, oraganisasi-organisasi, parti-parti dan para demokrat yang sering mengambil perhatian ke atas pembangunan pergerakan demokrasi di Malaysia.

(5) KEBANGKITAN PERGERAKAN HINDRAF

Gambar di atas menunjukkan sebahagian tempat kejadian perhimpunan besar Hindraf pada tahun 2007.
Kesedaran politik komuniti India di Malaysia telah meningkat ekoran daripada kebangkitan pergerakan HINDRAF. Komuniti India telah mengenali MIC sebagai rakan gabungan politik dalam kerajaan BN bukan sahaja mengkhianati kepentingan asas komuniti India malahan menjadi pembantu penjahat kepada pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Komuniti India sudah sedar bahawa mereka perlu membuang MIC dari segi politik untuk menghantam klik pemerintahan UMNO dan BN. Komuniti India terpaksa menjalankan perjuangan hidup mati terhadap klik pemerintahan UMNO untuk melepaskan diri dari kesengsaraan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka di tanah air Malaysia dengan bermaruah. Ini kerana mereka sudah tiada pilihan yang lain selain daripada itu. Maka dengan itu, orang Hindu (atau komuniti Tamil) yang paling tertindas terpaksa bersatu di bawah bendera HINDRAF untuk melancarkan serangan mereka secara pro-aktif. Maka dengan itu, satu demonstrasi yang menandakan perjuangan hak kesamarataan komuniti India telah diadakan di Bandaraya Kuala Lumpur pada 25hb November 2007. Demonstrasi ini membuat pengumuman kepada semua rakyat Malaysia dan rakyat sedunia:
Sepanjang penjajahan kolonial British dan kemudian pemerintahan Perikatan dan BN yang didominasikan oleh UMNO, iaitu selama 150 tahun ini, komuniti India mula-mulanya ditipu oleh kerajaan British dan kemudiannya kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan akibat daripada masalah framentasi tanah selepas kemerdekaan (1950-an ~1960-an),tiada pengaturan yang sepatutnya oleh kerajaan BN.
Nasib yang sama menimpa apabila kerajaan Malaysia yang dulunya bergantung kepada sektor penanaman dan perladangan, telah mengalih penekanannya terhadap bidang perindustrian, mengakibatkan komuniti India sekali lagi terpaksa berhijrah dari tanah perladangan ke kawasan pinggir bandar dan bandar. Mereka sekali lagi kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan, dan lebih teruk lagi, tempat beribadah mereka iaitu kuil Hindu turut dirobohkan secara besar-besaran oleh klik pemerintahan dengan alasan pembangunan.
Pelbagai penderitaan dan pengalaman kejam yang dialami komuniti India telah menyedarkan mereka supaya tidak lagi percaya kata-kata penipuan klik pemerintahan.

Dokumen golongan etnik India Malaysia yang diwakili oleh Waytha Moorthy untuk menuntut kerajaan British membayar ganti rugi sebanyak 3 trilion Pound Sterling
Pada 25hb November 2007, pemimpin HINDRAF menyeru semua komuniti India berhimpun di Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan penderitaan komuniti India di Malaysia, dan menuntut sebanyak 3 trilion pound stering (atau sebanyak 1 juta ringgit setiap orang) dari pihak kerajaan England sebagai pampasan kerugian selama 100 tahun kerana mengimport mereka selaku buruh secara paksaan. Tindakan mereka adalah munasabah, adil, dan sah dari segi undang-undang. Namun begitu, klik pemerintahan BN yang didominasi oleh UMNO bertindak keras dan bertindas ke atas komuniti India kerana mereka takut seluruh dunia akan mengetahui penderitaan yang dialami oleh komuniti India di Malaysia selama ini. Walaupun pihak polis telah menggunakan pelbagai teknik untuk menghalang HINDRAF mengadakan perhimpunan, serta menuduh HINDRAF mempunyai pertalian dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) untuk menakut-nakutkan komuniti India, namun begitu komuniti India tetap datang dari seluruh/setiap penjuru negara untuk berhimpun di Bandaraya Kuala Lumpur dan berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerah memorandum. Pada hari itu, pihak polis telah mengaturkan kumpulan pasukan polis yang besar, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air berbahan kimia terhadap mereka yang menyertai demontrasi pada hari tersebut. Namun begitu, ia tidak mengugat keberanian rakyat yang geram untuk hadir demontrasi tersebut. Anggaran seramai 30 ribu orang dari kalangan komuniti India menyertai perhimpunan yang bersejarah tersebut. Selepas itu, kerajaan BN menggunakan Seksyen 8(1) di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) 1960 untuk menahan 5 pemimpin HINDRAF pada 13 Disember 2007 (Nota 16). Walau bagaimanapun, tuduhan-tuduhan yang digunakan oleh klik pemerintahan BN bukan sahaja tidak menumpaskan semangat komuniti India, sebaliknya meningkatkan lagi kemarahan komuniti India. Akhirnya lebih ramai penyokong yang datang atas kehendakan sendiri untuk memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin HINDRAF yang ditahan serta menyokong aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh HINDRAF. HINDRAF berkembang menjadi kekuatan massa secara pantas.
Lima orang pemimpin Hindraf yang ditahan bawah ISA. Dari kiri: R. Kengadharan, K. Vasanthakumar, P. Uthayakumar, M. Manoharan, V. Ganapatirau.
Kuasa HINDRAF terus berkembang sehingga Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 pada tahun 2008. Pergerakan HINDRAF telah mengakibatkan kali pertama kerajaan BN yang telah bertanding di PRU selama 12 kali kehilangan majoriti dua pertiga kerusi di parlimen. Pada masa yang sama, kerajaan BN kehilangan kuasa pemerintahan di 5 buah negeri [termasuk Pinang, Kedah, Perak (Nota 17), Kelantan dan Selangor] kepada Barisan Alternatif (Nota 18). BN kehilangan banyak undi orang India pada PRU-12 terutamanya pengundi India dari kawasan Bandar dan Luar Bandar ekoran daripada seruan undi pertolakan kepada BN yang dibuat oleh HINDRAF ke atas komuniti India untuk menunjukkan rasa ketidakpuashati mereka kepada kerajaan BN. Satu contoh yang ketara ialah MIC yang berperanan sebagai satu-satunya parti yang mewakili komuniti India hanya memenangi 3 kerusi parlimen
Dr. Micheal Jeyakumar Deveraj
(daripada 9 kerusi yang dipertandingkan); Bagi kerusi DUN pula, MIC hanya memenangi 8 kerusi (daripada 19 kerusi yang dipertandingkan). Apa yang lebih jelas ialah pengerusi MIC Samy Vellu selaku pengerusi terpanjang akhirnya kalah pada PRU-12 di kerusi Parlimen Sungai Siput oleh lawannya dari calon PKR Dr. Micheal Jeyakumar Devaraj (Nota 19).

(5.1) Waytha Moorthy terus memimpin perjuangan HINDRAF ketika melarikan diri ke luar negara

Perhimpunan besar HINDRAF pada tahun 2007 mendapat perhatian yang meluas dari dalam dan luar negara serta memberi tamparan yang besar kepada klik pemerintahan BN yang didominasikan oleh UMNO. Apabila Waytha Moorthy menjangka bahawa klik pemerintahan akan melancarkan penangkapan (Nota 20) ke atas pemimpin-pemimpin HINDRAF dengan segera, maka Waytha Moorthy melarikan diri ke luar negara sehari selepas perhimpunan HINDRAF (iaitu 26hb November) supaya beliau dapat memimpin HINDRAF dan meneruskan perjuangan HINDRAF dalam memelihara maruah bangsa serta menjaga hak dan kepentingan bangsa. Ketika Waytha Moorthy berlayar ke England pada 21hb April 2008, beliau diberitahu oleh pegawai emigresen England bahawa “kerajaan BN telah membatalkan Pasport antarabangsa beliau”. Semenjak itu, Waytha Moorthy terpaksa hidup dalam buangan kendiri di luar negara sehingga beliau mendapat semula pasport pada 1hb Ogos 2012 dan memasuki Johor Bahru melalui kastam Singapura. 

Waytha Moorthy yang melarikan diri ke luar negara memainkan peranan yang sangat penting apabila HINDRAF berada dalam keadaan tanpa pemimpin setelah 5 pemimpin HINDRAF ditahan oleh kerajaan BN. Beliau terus memimpin HINDRAF dalam memperjuangkan hak dan kepentingan komuniti India serta maruah komuniti India di Malaysia dengan berusaha untuk mendapatkan sokongan perbadanan-perbadanan antarabangsa. Waytha Moorthy telah mengemukakan satu laporan yang bertajuk ‘Institutional Racism and Religious Freedom in Malaysia’ dan melancarkan Global e-Petition ketika beliau melarikan diri ke luar negara. Beliau dengan tepat menitikan ‘Institutional Perkauman’ yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia adalah pokok kepada diskriminasi dan penindasan terhadap komuniti India (termasuk etnik minoriti) sehingga mengakibatkan mereka hidup kesengsaraan buat selama ini. Maka dengan itu, Waytha Moorthy menyeru kerajaan Malaysia menghapuskan segala dasar bersifat perkauman dan memelihara kebebasan agama semua bangsa. 

Oleh kerana UMNO merupakan teras kepada pemerintahan hegemoni perkauman, maka, regim pemerintahan UMNO merupakan musuh utama kepada rakyat semua kaum. Rakyat pelbagai kaum terpaksa melancarkan perjuangan berperlembagaan iaitu mengubah atau menghapus akta-akta/perkara-perkara di bawah Perlembagaan Malaysia yang bersifat ketidaksamarataan kepada semua kaum., dengan bertujuan untuk melemahkan atau menghapuskan pemikiran “ketuanan orang Melayu dan Melayu Muslim” yang semakin merebak melalui Perlembagaan. Etnik minoriti terpaksa melancarkan perjuangan penggubalan perlembagaan untuk mengeluarkan diri dari belenggu penderitaan. Erti kata lain, sekurang-kurangnya mereka perlu berjuang untuk mendesak sesuatu undang-undang yang dapat menjamin hak dan kepentingan yang samarata kepada semua bangsa. Mana-mana pihak yang cuba mengelakkan diri dari perjuangan berperlembagaan dengan menggunakan “janji-janji kosong” atau “setuju pada dasarnya” merupakan tindakan propoganda politikus semata-mata. Sebenarnya itu merupakan perlakuan bersifat berbohong kerana hak kesamarataan rakyat semua kaum masih diabaikan atau diancam. 

Waytha Moorthy mengatakan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia merupakan asas kepada kerajaan UMNO/BN untuk melaksanakan undang-undang yang bersifat menindas dan asimilasi kaum. Maka dengan itu,  Perkara 153 merupakan salah satu undang-undang yang perlu dihapuskan segera. Pendirian yang jelas di mana Waytha Moorthy berani mewakili HINDRAF dalam mengemukakan hasrat komuniti India untuk menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak. Namun begitu, pertubuhan-pertubuhan, parti-parti dan individu-individu yang melabelkan diri mereka sebagai “progresif dan demokratik” serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang ingin menggantikan BN masing-masing tidak berani menghadapi pendirian yang serious dan adil dari Waytha Moorthy dalam mewakili HINDRAF mengemukakan tindakan menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Ada juga orang yang menuduh pendirian Waytha Moorthy atau HINDRAF tersebut terlalu “radikal” dan menggambarkan Waytha Moorthy dan rakan seperjuangannya sebagai “cauvinisme” dan “perkauman”, sehubungan itu, HINDRAF tidak berbeza dengan UMNO. 

Gambar di atas menunjukkan beberapa orang wakil Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat mengambil gambar bersama-sama pengerusi Hindraf, Waytha Moorthy (dibuang negeri pada ketika itu) selepas perjumpaan di Strand Hotel, Singapura pada 4 Mac 2012. Mereka berjumpa dengan Waytha Moorthy kerana ingin menjemputnya memberi ucapan melalui video klip atau mengantar wakil Hindraf sebagai salah seorang panel dalam forum bertajuk "Article 153 of the Federal Constitution and the Equality of Ethnic communities" (Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan Kesamarataan di Kalangan Masyarakat Kaum). Forum yang diadakan bersama dengan majlis perasmian buku baru Kua Kia Soong yang berjudul "Patriots and Pretenders - The Malayan Peoples'Independence Struggle" (versi terjemahan Yang Pei Keng) dianjurkan bersama oleh tiga buah badan bukan kerajaan (termasuk Sahabat Rakyat, Hindraf Johor dan Persahabatan Semparuthi) pada 18 Mac di Pusat Maklumat Perlancongan Johor (JOTIC). Waytha Moorthy telah membentangkan kertas bertajuk "Time to correct historical wrongs. Time to dismantle Article 153" (Sudah sampai masanya untuk membetulkan kesalahan bersejarah. Sudah sampai masanya untuk mansuhkan Artikel 153) dalam program tersebut.

Barisan belakang dari kiri: Tan Seng Hin @ Chen Xin, Y. Mohan (Penyelaras Hindraf Johor), Yang Pei Keng, Waytha Moorthy, Fang Pei Fen (menjawat sebagai penyelaras SUARAM cawangan Johor Bahru dan penyelaras program forum tersebut pada ketika itu), Cheng Lee Whee, Nyam Kee Han (pengarang). Barisan hadapan dari kiri: Ang Pei Shan, Yong Siew Lee.
Saya berpendapat bahawa mereka yang berpendirian sedekimian boleh dikategorikan kepada dua keadaan: (1) Mereka terbongkar bahawa mereka sendiri tidak berani menghadapi atau sengaja mengelakkan diri bahawa Malaysia sebenarnya masih wujud isu ketidaksamarataan dari kalangan etnik minoriti tertindas. (2) Mereka terbongkar bahawa mereka sendiri tidak berani dan tekad dalam menentang pemerintahan hegemoni perkauman UMNO. Sebenarnya, mereka ini telah terperangkap dalam penipuan perkauman yang direka oleh regim pemerintahan UMNO secara sedar atau tanpa sedar. Keadaan ini akhirnya akan menghancurkan hak kesamarataan semua bangsa (terutamanya etnik minoriti) sepenuhnya. Sebenarnya mereka telah menerima pemikiran asimilasi dan perhambaan yang disebarkan oleh regim pemerintahan UMNO dan BN melalui jentera-jentera negara seperti Radio Television Malaysia, media elektronik dan pencetakan, universiti-universiti tempatan atau institusi pendidikan swasta dan sebagainya. Mereka pada asasnya telah meninggalkan pendirian bahawa semua kaum sepatutnya menikmati hak kesamataraan, di mana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. 

Saya tetap berpendapat bahawa perjuangan HINDRAF dan komuniti India dalam memelihara maruah komuniti dan memperjuangkan hak kesamarataan mereka merupakan tindakan yang adil, munasabah dan sah dari segi undang-undang. Perjuangan mereka adalah penting kerana ia juga merupakan sebahagian daripada perjuangan hak kesamarataan komuniti-komuniti lain di Malaysia. Maka dengan itu, perjuangan mereka sepatutnya mendapat pandangan serius dan sokongan yang kuat dari rakyat semua bangsa, pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti demokratik serta demokrat.

(5.2) Waytha Moorthy kembali ke tanah air untuk melancarkan perjuangan tahap kedua

Gambar di atas menunjukkan sidang akhbar yang diadakan oleh Waytha Moorthy serta-merta selepas beliau selamat kembali ke negaranya di Austin Hills Golf Resort, Johor Bahru pada 1 Ogor 2012. Dari kiri: Waytha Moorthy, Ganesan dan Sabulingam.
Waytha Moorthy terpaksa memohon suaka politik dari kerajaan England apabila pasport antarabangsa beliau dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Waytha Moorthy mendapat dokumen perjalanan daripada kerajaan England yang diberikan mengikut “Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Status Pelarian”. Maka dengan itu, selama 5 tahun (dari tahun 2007 hingga tahun 2012) hidup dalam buangan, Waytha Moorthy menggunakan dokumen perjalanan tersebut berlayar ke India selatan, England dan negara-negara lain untuk meneruskan perjuangan hak dan kepentingan serta maruah komuniti India di Malaysia. Apabila Waytha Moorthy pulang
Waytha Moorthy mengambil gambar bersama-sama Suresh (peguam mewakili Hindraf di Britain), beberapa ahli Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat dan penyokong-penyokong Hindraf di hadapan sepanduk bertulis "NGO: berjuang demi hak dan maruah bangsa tertindas!"

Ketiga dari kiri: Goh Chee Horng, Nyam Kee Han (penulis), Liang Peck Kuan, Tan Seng Hin @ Chen Xin, Waytha Moorthy, Ang Pei Shan, Suresh.
ke tanah air (1hb Ogos 2012), beliau ditemani oleh Ganesan selaku penasihat HINDRAF dan Sabulingam selaku kordinator seluruh negara telah mengadakan sidang akhar di Austin Hills Golf Resort di Johor Bahru. Dalam sidang akhbar tersebut, beliau mengatakan bahawa perjuangan HINDRAF pada tahap pertama sudah selesai. Tahap seterusnya akan memberi tumpuan kepada perjuangan di dalam negara cintanya. Waytha Moorthy menggambarkan perjuangan tahap pertama termasuk pelbagai perjuangan yang dilancarkan oleh beliau ketika hidup dalam buangan. Selain daripada laporan yang dikemukakan oleh beliau dan pelancaran Global e-Petition untuk menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, satu lagi perkara yang penting ialah beliah telah berjaya memfailkan saman undang-undang ke atas kerajaan England di Mahkamah London secara rasmi pada 2hb Julai 2012. Alasan saman itu ialah: Sejak Kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, kerajaan British meninggalkan masyarakat India dan membiarkannya diperintah oleh rejim UMNO yang bersifat perkauman. Dalam keadaan ini, kerajaan British mesti bertanggungjawab terhadap nasib masyarakat India di Malaysia. 

Gambar di atas diambil pada 14 Mac 2013 semasa penulis (Nyam Kee Han) menyertai tindakan mogok lapar yang dilaksanakan oleh Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf di sebuah kuil Hindu, Arulmigu Agora Veerabathirar Sanggili Karuppar Kovil . Nyam menaiki KTM Komuter mulai stesen UKM, Bangi sehingga stesen Rawang lalu berjalan kaki ke kuil yang berdekatan tersebut. Demi menunjukkan sokongan terhadap usaha Hindraf yang berjuang untuk menuntut kepentingan dan hak kaum minoriti yang terpinggir di negara ini dan juga perjuangan politik Hindraf secara "non-partisan", Nyam telah menyertai tindakan mogok selama 24 jam mulai pukul 9 pagi pada 14 Mac. Apabila ditemuduga oleh wartawan Free Malaysia Today, Nyam berkata bahawa "Hindraf merupakan sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berjuang demi mengatasi dilema golongan yang tertindas, Hindraf bukan pertubuhan perkauman (racist). Kedua-dua Sahabat Rakyat dan Hindraf adalah badan yang menuntut reformasi (demokratik). Kedua-dua pertubuhan tersebut ingin membuangkan Barisan Nasional ke tong sampah sepenuhnya. Ini adalah pendirian kami sepanjang masa. Sebaliknya, sebarang agenda reformasi (demokratik) yang berniat mengabaikan, menjauhi dan menolak sesetengah kaum terpinggir adalah mustahil untuk berjaya."
Waytha Moorthy yang mewakili masyarakat India miskin di Malaysia telah menyebarluaskan “Institusional perkauman di Malaysia telah membawa penderitaan berpanjangan kepada masyarakat tertindas” kepada rakyat dan kerajaan seluruh dunia. Kini sudah tiba masanya untuk beliau kembali ke negara tercintanya untuk meneruskan perjuangan neo-demokratik revolusi bersama-sama dengan rakyat tertindas. Masyarakat India terutamanya golongan miskin amat gembira apabila mendengar HINDRAF membuat pengumuman pada bulan Julai 2012 bahawa pemimpin berwawasan dan berani ini akan pulang ke Malaysia pada 1 Ogos. Mereka turut mengharapkan Waytha Moorthy dapat balik ke negara untuk meneruskan perjuangan “neo-demokratik revolusi” di Malaysia.

Walaupun Waytha Moorthy menghadapi sedikit halangan di Kastam Singapora, namun beliau masih mendapat pasport dan menduduki kereta masuk ke Johor Bahru mengikut jadual yang ditetapkan olehnya. Ketibaan Waytha Moorthy meningkatkan lagi semangat komuniti India memperjuangkan hak dan kepentingan serta maruah etnik. Waytha Moorthy serta rakan seperjuangannya mengumum tumpuan utama beliau balik ke tanah airnya ialah mendesak kerajaan (sama ada kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat) menghadapi masalah penderitaan yang dialami oleh komuniti India terpinggir dan tertindas di dalam negara kita. Tujuan untuk memastikan pihak kerajaan melaksanakan polisi yang dapat menyelesaikan masalah komuniti India dengan efektif serta membantu mereka keluar dari kesengsaraan. Setelah Waytha Moorthy balik ke tanah air, beliau telah mengadakan aktiviti-aktiviti di beberapa tempat yang bertumpu kepada komuniti India di kawasan pekan untuk melaporkan kempen-kempen yang telah dijalankan oleh beliau ketika di luar negara. Pada masa yang sama, beliau juga bersumpah akan terus memimpin komuniti India memperjuangkan hak dan maruah diri sendiri.

(5.3) Rakyat rasa muak apabila HINDRAF menyokong semula kerajaan BN

Sebahagian ahli Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat menghadiri majlis peringatan lima tahun yang dianjur oleh Hindraf dan menggantung sepanduk di sebelah kanan dewan majlis. Isi kandungan sepanduk adalah pendirian politik dalam "Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13" yang diumumkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) negeri Johor (nama unit kerja diguna oleh Sahabat Rakyat Working Committee sebelum tahun 2013) dan Hindraf negeri Johor dalam sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan pada 19 Oktober 2012. Pendirian politik tersebut berbunyi "Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!"
HINDRAF telah mengemukakan pelan perancangan lima tahun (Blueprint) ketika mengadakan sempena ulang tahun ke-5 HINDRAF di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur pada 25 November 2012 (Nota 21). HINDRAF menjelaskan Blueprint merupakan satu perancangan komprehensif yang mempunyai arah tuju dan langkah khusus untuk memastikan komuniti India yang miskin dan terpinggir keluar dari belenggu kesengsaraan. Blueprint akan digunakan sebagai satu perundingan yang akan dikemukakan kepada kedua-dua kem BN dan PR. HINDRAF bersumpah akan memberi sokongan kepada mana-mana kem yang menandatangani Blueprint HINDRAF pada Pilihanraya Umum Ke-13 dengan mengerakkan jentera HINDRAF dan menyeru masyarakat India mengundi wakil calon dari kem yang telah menandatangani Blueprint mereka pada PRU-13. 

Pucuk pimpinan utama HINDRAF berpendapat bahawa menandatangani Blueprint HINDRAF bermakna sesuatu rancangan yang komprehensif dapat dilaksanakan untuk memastikan komuniti India keluar dari belunggu kesengsaraan. Sebelum Pilihanraya Umum, penasihat HINDRAF Ganesan mengatakan bahawa HINDRAF telah bermesyuarat dengan pucuk pimpinan kem Pakatan Rakyat sebanyak 24 kali untuk berbincang sama ada mereka setuju menandatangani Blueprint HINDRAF atau tidak. Akan tetapi, pucuk pimpinan PR hanya berhenti pada peringkat dasar iaitu setuju pada dasarnya tetapi tiada apa-apa tindakan menandatangani Blueprint HINDRAF secara rasmi. Sebaliknya, perjumpaan antara pucuk pimpinan HINDRAF dengan PM Najib Abdul Razak hanya dilakukan sebanyak dua kali sahaja telah berbuah hasil. Akhirnya, pemimpin HINDRAF dengan pengerusi UMNO Najib dan Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan telah menandatangani memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding - MoU) yang mengandungi sebahagian isu kandungan Blueprint HINDRAF di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda di Brickfields pada 18 April 2013 iaitu dua hari sebelum tarikh penamaan calon PRU-13. Sebelum itu, Waytha Moorthy tengah mengadakan mogok lapar selama 21 hari (bermula pada 10 March 2013 sehingga 31 March 2013) di sebuah Kuil Tamil di Rawang untuk membantah kem BN dan PR kerana tiada balasan yang positif dari kedua-dua kem tersebut terhadap Blueprint HINDRAF. 

Dalam gambar di atas, Hindraf menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) yang merangkumi sebahagian isi kandungan Blueprint Hindraf bersama-sama Pengerusi BN, Najib dan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda yang berdekatan Brickfields, Kuala Lumpur dua hari sebelum hari penamaan calon PRU ke-13 iaitu pada 18 April 2013.
MoU yang ditandatangani oleh HINDRAF dengan pengerusi dan setiausaha agung UMNO hanya mengandungi 4 perkara utama dalam Blueprint HINDRAF iaitu menyelesaikan masalah pekerja estet yang kehilangan tempat kediaman, menyelesaikan masalah pemilikan IC warna merah di kalangan komuniti India, meningkatkan peluang pendidikan dan perniagaan kepada komuniti India. Terdapat 2 perkara utama dalam Blueprint HINDRAF iaitu menghapuskan ‘Institutional Perkauman’ dan menubuhkan Independent Police Complaint and Misconduct Commision (IPCMC) tidak dimasukkan dalam perjanjian MoU mungkin disebabkan pengerusi dan setiausaha agung UMNO tidak setuju kepadanya. Keadaan ini sekali lagi terbukti bahawa UMNO tidak meninggalkan pemikiran perkauman dan pendirian pemerintahan hegemoni. Tetapi apa yang mengecewakan ialah pucuk pemimpin HINDRAF setuju kepada kandungan MoU dengan alasan bahawa HINDRAF akan memberi tumpuan kepada peningkatan sosioekonomi komuniti India pada peringkat ini.

HINDRAF turut membuat pengumuman pada hari penandatangani MoU bahawa mereka akan berjuang bersama dengan kerajaan BN pada PRU-13 dan memobilisasi pemimpin-pemimpin akar umbi HINDRAF bergerak ke seluruh negara untuk menyeru komuniti India menyokong calon dari kem BN. Najib juga membuat pengumuman pada hari tersebut bahawa kerajaan BN akan membuat pertimbangan untuk menubuhkan satu unit Kementerian Hal Ehwal Minoriti (Minority Affairs Ministry) di bawah Kementerian Perdana Menteri yang khususnya untuk menyelesaikan masalah kemiskinan komuniti India dengan syarat HINDRAF dapat memastikan kemenangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen kepada kem BN. Pengubahan pendirian politik HINDRAF yang besar mendatangkan pelbagai ejekkan dan kritikan ke atas pucuk pimpinan HINDRAF, khasnya dituju kepada Waytha Moorthy. Mereka menggambarkan tindakan Waytha Moorthy sebagai ‘Samy Vellu terbaru’, ‘Ettappan’ (Nota 22) serta terus mengkritik beliau telah ‘mengkhianati komuniti India demi kepentingan diri sendiri’. 

Sebenarnya, tindakan Waytha Moorthy serta pucuk pimpinan HINDRAF telah mempertikaikan pendirian diri sendiri iaitu mengatakan dasar insitusional perkauman Malaysia dan Perkara 153 Perlembagaan Negara merupakan pokok kepada kesengsaraan yang dialami oleh etnik minoriti termasuk komuniti India, Kadasan-Dusun dan Iban. Mereka juga terlupa jika tidak menghapuskan dasar institusional perkauman Malaysia, apa-apa perjanjian yang ditandatangi atau “janji-janji kosong”  dari mana-mana rejim pemerintahan hanya merupakan satu tindakan mengelirukan dan membohong kepada masyarakat umum. Tindakan pemimpin-pemimpin HINDRAF menunjukkan mereka masih mempunyai khayalan bahawa masalah komuniti India dapat diselesaikan setelah menandatangi MoU dengan orang-orang utama dalam UMNO sebelum Pilihanraya Umum. Sebenarnya tindakan HINDRAF menyeru komuniti India mengundi BN adalah bercanggah dengan hasrat rakyat semua kaum untuk menggunakan pilihanraya untuk menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO dan BN (Nota 23). Tindakan mereka sebenarnya merosakkan perjuangan rakyat semua kaum yang ingin memelihara maruah dan hak-hak kepentingan bangsa. Maka dengan itu, tindakan Waytha Moorthy dan HINDRAF dikritik tanpa belas kasihan dari rakyat semua kaum memang boleh difahami.

(5.4) Waytha Moorthy meletak jawatan dan kembali ke pangkuan komuniti India 

Kerosakan akibat dari tindakan HINDRAF pada PRU-13 memang tidak boleh memandang rendah. Tamparan dikenakan kepada PR terutamanya calon India yang mewakili PKR. Contohnya, calon PKR Vasantha Kumar yang bertanding di kerusi parlimen Tapah kalah kepada calon BN Saravan Murugan dengan majoriti 7,927 undi. Vasantha Kumar merupakan salah satu pemimpin HINDRAF yang ditahan di bawah akta ISA pada tahun 2007 dan dilepas dari tahanan pada tahun 2009. Saravan Murugan merupakan Timbalan Pengerusi MIC dan kini menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Selain daripada itu, HINDRAF turut berjaya memastikan kemenangan wakil dari calon BN. Terdapat empat kawasan DUN yang dipertandingkan oleh calon BN didapati mengalahkan lawannya dari calon etnik India PKR. Antaranya termasuk dua kerusi DUN (Hulu Kinta dan Tualang Sekah) dari negeri Perak dan dua kerusi DUN (Batang Kali dan Bukit Melawati) dari negeri Selangor. Terdapat juga tiga kawasan DUN yang dipertandingkan oleh calon BN mencatat pertambahan undi yang lebih tinggi jika dibandingkan pertambahan undi yang dimiliki oleh calon PKR. Daripada itu, kerusi DUN Bukit Melawati yang dimenangi oleh calon PKR pada PRU-12 telah dirampas balik oleh calon BN pada PRU-13. Secara keseluruhannya, PKR yang berperanan sebagai pemimpin kepada PR mengalami tamparan yang kuat pada Pilihanraya Umum kali ini (keputusan PKR adalah paling teruk jika dibandingkan dengan parti-parti lain dalam PR iaitu PAS dan DAP (Nota 24) Keadaan ini berlaku disebabkan pucuk pimpinan PKR tidak meninggalkan beban pemikiran “Ketuanan Melayu” dengan bersungguh-sungguh dan benar-benar mengakui hak kesamataraan semua kaum di dalam negara. Seruan Waytha Moorthy dan HINDRAF ke atas pengundi India dalam mengundi BN turut memberi tamparan yang kuat kepada PKR. 

Gambar di atas menunjukkan Pengerusi Hindraf, Waytha Moorthy yang menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana dilantik oleh Perdana Menteri Najib selepas PRU ke-13.
Selepas Pilihanraya Umum, ketika pengumuman kabinet baru pada 15 mei 2013, PM Najib telah melantik pengerusi HINDRAF Waytha Moorthy (Nota 25) menjadi Senator dan menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Perdana Menteri. Waytha Moorthy telah mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pada 5 Jun 2013. Beliau mengharap komuniti India akan memberi beliau selama 5 tahun dengan menggunakan kesenangan beliau dalam kementerian kerajaan untuk melaksanakan perjanjian yang dibuat oleh BN dengan HINDRAF secara beransur-ansur. Waytha Moorthy sekali lagi menegaskan bahawa pendirian beliau menerima perlantikan tersebut adalah berdasarkan kepada pendirian ‘non-partisan’, maka dengan itu, ia langsung tidak kena mengena dengan parti politik. Hasrat beliau dan HINDRAF ialah memastikan komuniti India yang miskin dan terpinggir keluar dari belunggu kesengsaraan. Jika meneliti tindakan Waytha Moorthy dan rakan seperjuangannya pada masa itu, mereka beranggap bahawa kehidupan komuniti India yang miskin dan terpinggir dapat diperbaiki hanya sekiranya Najib telah menandatangani sebahagian tuntutan yang terkandung dalam Blueprint HINDRAF serta wakil mereka dapat memasuki Dewan Undangan Negara menjadi Senator. Selepas Pilihanraya Umum, ini terbukti ia hanya merupakan khayalan yang tidak realistik terhadap PM Najib dan kerajaan UMNO/ BN dari Waytha Moorthy dan rakan seperjuangannya semata-mata.

Kira-kira selama 9 bulan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Waytha Moorthy telah merasai bahawa beliau terpaksa betah menahan penghinaan apabila berdepan dengan pemimpin klik pemerintahan UMNO. Beliau tidak dapat bersuara demi keadilan kepada komuniti India yang miskin dan terpinggir serta etnik minoriti tertindas yang lain. Maka dengan itu, beliau berasa amat kecewa dan tidak puas hati. Akhirnya, Waytha Moorthy telah meletak segala jawatannya dalam kabinet dan Timbalan Menteri Kementerian Perdana Menteri pada 10 Feb 2014 dan kembali semula ke pangkuan masyarakat India. Seminggu selepas itu, Waytha Moorthy memohon maaf kepada masyarakat India kerana tidak dapat melaksanakan program-program mempertingkatkan sosioekonomi komuniti India seperti yang dirancangkan sebelum ini, maka dengan itu, beliau harap mendapat persefahaman daripada masyarakat India. Waytha Moorthy dalam kenyataan turut menuduh PM Najib sebagai penipu kerana PM Najib yang mewakili UMNO/BN tidak ada niat murni untuk merealisasikan perjanjian dalam MoU. Namun begitu, Waytha Moorthy menegas bahawa beliau akan meneruskan perjuangan memelihara maruah dan hak-hak kepentingan komuniti India yang miskin dan terpinggir.

(5.5) HINDRAF menyokong perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak menentukan nasib sendiri

Dalam gambar di atas, selepas kembali ke Malaysia, Waytha Moorthy menandatangani satu memorandum persefahaman bersama dengan dua pertubuhan bukan kerajaan dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk hubungan kerjasama strategik secara rasmi pada 14 Ogos. Usaha tersebut merupakan teladan yang semarak dalam perpaduan dan perjuangan bersama di kalangan golongan etnik India di Semenanjung Malaysia dan masyarakat minoriti di Sabah dan Sarawak terhadap musuh bersama.
Dari kiri: Daniel John Jambun (Pengerusi Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPIM) dan Timbalan Pengerusi Star), Waytha Moorthy (Pengerusi Hindraf) dan Paul Raja (Aktivis senior PKR dan kawasan Borneo, wakil dari Sarawak dalam menandatangani memorandum persefahaman tersebut).
Ketiga-tiga orang wakil melancarkan “Pergerakan Perlembagaan Malaysia” (Constitution for Malaysia Movement (CoMaMo)) secara rasmi. Disebabkan Waytha Moorthy selalu memberi sokongan terhadap perjuangan "rakyat Sabah dan Sarawak menuntut hak penentuan nasib sendiri" secara terbuka pada kebelakangan ini, pihak imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah melarang Waytha Moorthy dari memasuki Sarawak mulai 3 Jan 2015.
Beberapa tahun kebelakangan ini, HINDRAF selain dari memperjuangkan hak kesamarataan dan maruah komuniti India, perjuangan HINDRAF di bawah pimpinan Waytha Moorthy turut melangkaui batasan masyarakat India dengan menggunakan tindakan yang pratik dalam menyokong perjuangan etnik minoriti (terutamanya etnik Kadasan-Dusun dan Iban) dari Sabah dan Sarawak dalam memelihara maruah dan hak kesamarataan mereka. Sebenarnya, Waytha Moorthy telah mula memberi perhatian kepada perjuangan etnik minoriti dari Sabah dan Sawarak selain dari memperjuangkan maruah dan hak-hak kepentingan komuniti India di Malaysia ketika beliau hidup dalam buangan di luar negara. Pada tahun 2010 dan 2011, beliau bersama dengan pemimpin-pemimpin NGO dari Sabah dan Sarawak telahpun mengemukakan masalah penindasan komuniti India di Malaysia dan rakyat Borneo kepada ahli parlimen, parti demokratik dan para demokrat dari negara England, Amerika dan Eropah. Kerjasama di antara HINDRAF dengan NGO dari Sabah dan Sarawak telah memperolehi perkembangan yang positif. Pada 14 Ogos 2012, HINDRAF, BOPIM dan CoMaMo telah menjalin hubungan sebagai rakan strategik secara rasmi setelah mereka menandatangani satu Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) di Kuala Lumpur. Menurut mereka, MoU mula berkuatkuasa pada 16 September 2012. Erti kata lain, organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang menandatangani MoU tersebut akan melancarkan kempen yang bermatlamat untuk membawa rakyat Sabah dan Sarawak ke arah menuntut hak menentukan nasib sendiri.

Gambar di atas yang disiarkan oleh Asiatimes pada 30 Ogos 2014 diambil selepas forum bertema "Malaysia Di Simpang Empat: Perjanjian Malaysia - Masa Lepas, Kini dan Depan" (Malaysia at Cross-roads: Malaysia Agreement - Past, Present and Future) di Kuala Lumpur. Keempat dari kanan: Lina Soo (pengerusi Sarawak Association For Peoples' Aspiration (SAPA)). Ketiga dari kiri: Dr. Jeffrey Kitingan (pengerusi STAR dan ADUN Bingkor). Ketujuh dari kiri: Waytha Moorthy (pengerusi Hindraf).
Perkara yang utama dalam MoU ialah melancarkan kempen “Pergerakan Perlembagaan Malaysia” (Constitution for Malaysia Movement – CoMaCo). Kempen ini dimulakan oleh BOPIM dan HINDRAF. Tidak lama kemudian, Sarawak Association of Peoples Aspiration (SAPA) turut menyertai kempen ini. Matlamat kempen ini ialah menrealisasikan sebuah undang-undang mengikut perjanjian yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Nota 26). Sehubung itu, ketiga-tiga pihak bersumpah akan berganding bahu melancarkan satu kempen tandatangan yang berjuang untuk menstruktur semula Sabah dan Sarawak demi menrealisasi status berkerajaan sendiri mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Mereka juga akan mengemukakan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak yang ingin memperjuangkan nasib sendiri kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Menurut HINDRAF, penderitaan yang paling besar bagi rakyat Malaysia ialah Institutional Perkauman yang berasal dari Perkara 153 Perlembagaan Malaysia di mana ia memisahkan hak kerakyatan kepada dua kelas. Maka dengan itu, komuniti India (dan etnik minoriti yang lain) dipisah menjadi rakyat kelas kedua dan mengalami penindasan dan pengeksploitasian yang teruk secara berpanjangan. Melalui pengalaman sepanjang perjuangan mereka, komuniti India sudah sedar bahawa, untuk bebaskan diri dari kesengsaraan, ikatan perlu dijalin dengan kaum-kaum lain yang ditindas dan dieksploitasi, untuk bersama-sama menentang teras kuasa politik perkauman, iaitu UMNO, dan memansuhkan akta-akta tidak munasabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, tindakan HINDRAF berkerjasama dengan NGO dari Sabah dan Sarawak dalam melancarkan kempen “Pergerakan Perlembagaan Malaysia” (Constitution for Malaysia Movement – CoMaCo) sepatutnya mendapat perhatian dan pertimbangan yang mendalam dari semua parti-parti, persatuan-persatuan dan para demokrat dalam negara kita. Usaha HINDRAF dengan NGO dari Sabah dan Sarawak bersatu melawan musuh telah mendirikan contoh yang bermakna kepada semua rakyat Malaysia dalam perjuangan kemerdekaan negara dan pergerakan demokratik dan hak asasi manusia. Maka dengan itu, parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan demokratik serta para demokrat yang benar-benar bertimbang rasa kepada kepentingan dan masa depan kaum minoriti di negara ini sepatutnya menghadapi usaha pemimpin HINDRAF dan NGO dari Sabah dan Sarawak serta memberi kerjasama yang paling tinggi kepada mereka. Ini kerana semua pihak sepatutnya berkerjasama dan bersatu padu untuk mengeluarkan kaum minoriti (termasuk kaum India, Cina, Iban, Kadasan-Dusun dan sebagainya) dari cengkeraman regim pemerintahan hegemoni perkaumnan UMNO. Dengan itu, semua kaum minoriti di dalam Malaysia baru dapat keluar dari belenggu penindasan dan penderitaan serta meneruskan kehidupan dengan bermaruah. 

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaya membentuk Malaysia, kerajaan Persekutuan Malaysia (iaitu klik pemerintahan UMNO dan BN) tidak mempedulikan Perjanjian Malaysia 1963 dengan memaksa Sabah dan Sarawak menjadi negeri-negeri yang dijajah di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia (Nota 27). Klik UMNO dan BN telah menjajah Sabah dan Sarawak selama separuh abad. Mereka telah menguasai sepenuhnya cukai dan royalti dari gas asli dan petroleum di kedua-dua negeri ini. BN dan klik pemerintahan dalam negeri ini hampir habis mengorek atau menguasai sumber alam semula di kedua-dua negeri ini seterusnya membiarkan negeri Sabah dan Sarawak berundur menjadi negeri yang paling miskin di dalam Malaysia setelah menyertai Malaysia. Selain daripada itu, klik pemerintahan UMNO/BN turut memberi IC kepada “migrasi haram” atau “buruh luar negara” secara besar-besaran supaya mereka menjadi “pengundi sah” untuk menyokong BN pada pilihanraya umum. Maka dengan itu, klik pemerintahan UMNO/BN dapat meneruskan kedudukan pemerintahan mereka. Keadaan ini semakin serius dan kini telah menyemarak ketidakpuashati dan rasa tidak aman dari rakyat dalam negeri khususnya Orang Asli.   

Secara umumnya, rakyat dari Timur Malaysia sudah sedar melalui pengalaman mereka bahawa jalan penyelesaian untuk mengeluarkan diri dari belenggu kemiskinan dan penderitaan ialah memastikan rakyat Sabah dan Sarawak kembali kepada kedudukan berkerajaan sendiri mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Selepas itu membenarkan rakyat Sabah dan Sarawak menentukan nasib sendiri sama ada terus berada di dalam Malaysia dan terus dijajah oleh kerajaan persekutuan, atau menjadi negara merdeka yang bergantung kepada sumber alam semula jadi yang kaya yang ada pada Sabah dan Sarawak untuk terus hidup secara diri sendiri. Seterusnya, membenarkan rakyat Sabah dan Sarawak membuat keputusan sendiri berkenaan dengan dasar luar negeri atau hala tuju masa depan mereka (Nota 28). Menurut penjelasan pengerusi HINDRAF Waytah Moorthy ketika membentuk hubungan rakan strategik secara rasmi dengan aktivis sosial timur Malaysia, beliau berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia lebih selaras dengan kepentingan asas rakyat Sabah dan Sarawak dan besar kemungkinan rakyat Sabah dan Sarawak dapat keluar dari belenggu kemiskinan yang dialami oleh mereka sekarang. Sekiranya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, tamparan yang hebat akan dikenakan kepada rejim pemerintahan UMNO dan BN yang menguasai pemerintahan Semenanjung Malaysia. Keadaan itu pasti akan memaksa klik pemerintahan UMNO dan BN mengambil berat malapetaka yang teruk akibat daripada diskriminasi dan penindasan kaum yang wujud di dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini hanya akan menguntungkan perkembangan pergerakan demokratik dan hak asasi manusia di Malaysia. Akan tetapi, pihak “progresif” atau “demokrat” yang berkata hendak mempertahankan hak-hak kepentingan asas kaum minoriti dan Orang Asli dari Sabah dan Sarawak tidak melihat kepada kepentingan asas rakyat Sabah dan Sarawak, mereka ini tidak memberi sokongan dalam kerja-kerja propoganda yang diadakan oleh NGO dari Sabah dan Sarawak serta HINDRAF dalam kempen Pergerakan Perlembagaan Malaysia. Sebaliknya mereka ini mempunyai perlakuan yang sama dengan klik pemerintahan UMNO dan BN iaitu memeluk kepentingan Sabah dan Sarawak sampai mati. Keadan ini memang mengecewakan orang ramai dan memperagui niat mereka ini.

(6) KESIMPULAN

Perjuangan HINDRAF yang pada asalnya mensasarkan kesalahan sejarah yang dilakukan oleh penjajah British terhadap komuniti India dan kemudiannya berubah menjadi menentang jajahan baru oleh UMNO dan BN, pada dasarnya merupakan lanjutan kepada pergerakan reformasi demokratik nasional yang belum tercapai oleh golongan kiri Malaya (Malaysia) dan rakyat semua bangsa. Oleh itu, perjuangan HINDRAF boleh dikatakan merupakan salah satu komponen penting yang membentuk pergerakan demokratik nasional (Nasional democratic movement) di Malaysia. Ia juga merupakan satu hasil yang tidak dapat dielakkan dalam pergerakan demokratik semasa komuniti India Malaysia.

Pertama: Pada abad ke-20 tahun 1940an hingga 1950an, kerajaan kolonial British telah mengimport buruh murah dari negara China, India dan Indonesia (Setelah Malaya mencapai merdeka, buruh murah tersebut menjadi kaum yang utama di Malaya iaitu kaum Cina, India dan Melayu) secara besar-besaran ketika menjajah Malaya. Kerajaan kolonial British langsung tidak mempeduli hidup mati mereka tetapi memperkuda dan mengeksploit mereka dengan kejam dan tidak berbelas kasihan. Rakyat pekerja dari ketiga-tiga kaum dibimbing oleh parti kiri untuk melancarkan perjuangan hidup mati dengan pihak kolonial British dan ejen-ejennya di  Malaya dan Malaysia. Sepanjang zaman penjajahan colonial British, komuniti India di Malaya (Malaysia) telah diperkuda dan ditindas dengan kejam oleh pihak colonial British dan ejen-ejen mereka. Ini memaksa kelas pekerja bawahan yang berada dalam keadaan kritikal dan sengsara amat ingin mendapatkan bantuan daripada parti-parti sayap kiri supaya dapat bebas dari neraka. Akan tetapi, hasrat mereka masih tidak tercapai.

Kedua: Ketika rakyat semua kaum (terutamanya ketiga-tiga kaum iaitu Cina, Melayu dan India) di Malaysia memperjuangkan kemerdekaan, majoriti kelas pekerja (termasuk kaum India) bersatu di bawah perikatan golongan kiri iaitu AMCJA-PUTERA dan berjaya menghasilkan sebuah Perlembagaan Rakyat yang sesuai dengan kepentingan-kepentingan rakyat semua kaum setelah mengamalkan prinsip mencari persamaan sambil menyimpan perbezaan. Akan tetapi, perjuangan perikatan golongan kiri ini tidak terlawan kuasa dari wakil 3 pihak yang dibentuk oleh kerajaan kolonial British, kaum Melayu bangsawan (Sultan-sultan negeri) dan elit Melayu (UMNO). Akhirnya, klik pemerintahan memperkenalkan satu perancangan yang tidak bercanggah dengan kepentingan pihak kolonial British dan pada masa yang sama dapat menjaga kepentingan kaum Melayu bangsawan dan elit Melayu iaitu sebuah Perlembagaan Persekutuan Malaya yang tersembunyi dengan unsur-unsur melindungi agama Islam dan hak keistimewaan Melayu. Perancangan itu sebenarnya merupakan satu alat yang hebat bagi pihak pemerintahan untuk meneruskan penjajahan mereka di Malaya dan Malaysia. Dalam tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan (dan kini kerajaan BN),  majoriti komuniti India di Malaysia tidak memperolehi kesamarataan yang sewajarnya walaupun MIC telah mencari perlindungan kepada Perikatan (dan kini BN). Harapan komuniti India dalam memperjuangkan status kesamarataan bangsa tetap hancur walaupun Malaya (Malaysia) sudah mencapai merdeka lebih daripada 50 tahun.

Ketiga: Pada abad ke-20 akhir tahun 1960an (sehingga sekarang),  klik pemerintahan BN yang didominasikan oleh UMNO bertungkus-lumus untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara Islam sepenuhnya dan penghakisan hak kesamarataan 40 peratus kaum bukan Melayu semakin menjadi-jadi. Keadaan itu mengakibatkan mereka terbenam dan tidak dapat keluar dari belenggu kesengsaraan. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini, komuniti India sudah sedar dari pengalaman perjuangan mereka. Mereka sudah mengenali klik pemerintahan UMNO dan BN yang melaksanakan dasar Institutional Perkauman yang bersifat diskirimasi dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia merupakan pokok komuniti India terbenam ke dalam penderitaan. Ketidakpuashati komuniti India yang terpendam selama ini akhirnya meletup melalui demonstrasi yang berlaku pada tahun 2007. Faktor utama masyarakat yang membolehkan HINDRAF berkembang dengan pantas adalah kerana tindakan kerajaan Malaysia yang terus-menerus melancarkan dasar Institutional Perkauman dan diskriminasi agama. Maka dengan itu, perjuangan HINDRAF adalah perjuangan yang adil kepada perjuangan hak kesamaraan kaum dan kebebasan agama. Mereka berani mengemukakan tuntutan untuk menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia merupakan satu perkara yang patut dipuji dan dihargai oleh semua orang. Sebaliknya, ketiga-tiga parti yang menggunakan nama “Pakatan Rakyat” pada tahap ini serta sesetengah parti dan pertubuhan yang mendakwa dirinya sebagai “golongan kiri” masing-masing tidak berani menentang ugutan perkauman dan agama dari rejim pemerintahan UMNO tetapi mengambil tindakan untuk mengelakkan diri dari masalah pokok iaitu penindasan kaum dan agama yang masih wujud di dalam Malaysia. Maka dengan itu, pendirian HINDRAF menuntut untuk menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sepatutnya dipuji dan dihargai oleh semua orang.  

Keempat: HINDRAF pada asalnya merupakan sebuah organisasi yang memperjuangkan hak kesamarataan dan maruah komuniti India kini sudah berkembang menjadi sebuah organisasi yang turut mengambil kira perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak dalam menentukan nasib sendiri. Ini menandakan strategi perjuangan HINDRAF adalah selaras dengan strategi perjuangan pergerakan kiri Malaya dalam memperjuangkan Singapora dan Malaya sebagai sebuah negara yang bersatu, dan pada masa yang sama “menghormati rakyat tiga negeri Borneo Utara (Nota 29) membuat keputusan sendiri sama ada hendak kekal di dalam Malaysia”. Perkembangan perjuangan HINDRAF menunjukkan mereka sedang menghala ke matlamat perjuangan pergerakan golongan kiri Malaya dalam memajukan pergerakan demokratik kebangsaan. Kini sudah lebih dari separuh abab, rakyat negeri Sabah dan Sarawak sudah sedar dari pengalaman mereka bahawa “Persekutuan Malaysia” memang merupakan satu perancangan politik dari klik pemerintahan kolonial British dan klik pemerintahan Tengku Abdul Rahman (termasuk klik pemerintahan Lee Kuan Yew) untuk menghalang perkembangan kuasa pergerakan kiri terutamanya golongan kiri dari Singapora dalam menentang kolonialisme demi mengukuhkan status pemerintahan mereka. Maka dengan itu, negeri Sabah dan Sarawak menjadi negeri yang terus dijajah oleh klik pemerintahan UMNO/BN. Sehubungan itu, rakyat Sabah dan Sarawak sama seperti komuniti India di Semenanjung Malaysia yangmakin didesak ke dalam belenggu kemiskinan dan perminggiran. Kini, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak mengemukakan semula tuntutan politik mereka iaitu “memperjuangkan kemerdekaan negeri Borneo” dan “rakyat Borneo membuat keputusan sendiri sama ada terus kekal di dalam Persekutuan Malaysia”. HINDRAF menunjukkan pertimbangan dan sokongan yang paling tinggi kepada pergerakan politik di Sabah dan Sarawak dan turut membentuk hubungan rakan strategik dengan NGO dari Sabah dan Sawarak. Adalah boleh dijangka bahawa, sekiranya perikatan politik yang dibentukoleh kedua-dua kaum tertindas yang paling bawahan ini berkembang kuat, kemungkinan besar itu merupakan hari akhirat pemerintahan hegemoni UMNO/BN dan Persekutuan Malaysia. Maka dengan itu, parti-parti dan persatuan-persatuan atau individu yang mengambil berat kepada masa depan politik negara sepetutnya tiada alasan untuk tidak menyokong perjuangan komuniti India dalam memelihara maruah dan memperjuangkan hak-hak kepentingan serta perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak dalam menentukan nasib sendiri.

Pendek kata, rakyat semua kaum, parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan demokratik (termasuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat), pertubuhan agama, demokrat dan sebagainya sepatutnya memberi perhatian yang rapat kepada perkembangan pergerakan HINDRAF. Jikalau boleh semestinya membentuk hubungan rakan strategik dengan HINDRAF. Tujuan untuk mendesak satu barisan persatuan demokratik yang bukan sahaja merangkumi “Pakatan Rakyat” yang hanya meliputi tiga parti terbesar pada masa kini, tetapi turut merangkumi komuniti-komuniti lain, golongan-golongan kelas lain, komuniti-komuniti penganut agama dan kepercayaan lain. Ini merupakan penyatuan sebenar yang membolehkan kita semua berjuang bersama untuk memastikan pergerakan demokratik dan hak asasi manusia negara kita berada dalam landasan yang betul. Matlamat kita ialah mengakhiri pemerintahan hegemoni perkauman UMNO/BN dan memastikan rakyat semua kaum menikmati kebebasan demokratik dan hak kesamarataan masing-masing.

(Versi Penterjemahan (Bahasa Melayu) siap pada 12hb Februari 2015)
(Penambahbaikan Kali Pertama pada 8hb Mac 2015)


Nota-nota:

[Nota 1] Menurut pandangan sesetengah ahli akademik Melayu, Parameswara yang mengasaskan kerajaan Melaka telah memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan puteri Raja Pasai (Pasai,kini ialah Acheh, bahagian paling barat dari wilayah Sumetara) (Mutalib 1990:11-12;Osman 1997:265). pada tahun 1414 dan selepas itu bermulanya sejarah pengislaman Raja-raja Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Rujukan: Cai Yuan Lin (Graduate Institute of Religious Studies, Nanhua Universiti )——Asal usul sejarah pengislaman agama negara Malaysia. 

[Nota 2] Pergerakan Dravidian di Malaya diasaskan oleh nasionalis bukan Brahmin yang bertujuan untuk memperjuang kepentingan golongan bukan Brahmin. Di Madras, India, pergerakan Dravidian bertujuan untuk menentang pemerintahan Brahmanisme. Bagi mereka Brahmanisme merupakan adat asing yang dibawa oleh orang Aryan dan dipaksa ke atas orang Dravidian. Maka dengan itu, mereka setuju untuk membangun bersama menentang kasta Brahmin dan amalan-amalan agama Hindu yang didominasikan oleh kasta Brahmin, terutamanya upacara perkahwinan. Orang Dravidian memandang bentuk “upacara perkahwinan Hindu” sebagai rekaan orang Brahmin, iaitu mesti melibatkan seorang sami Brahmin melangsungkan perkahwinan dengan mengucapkan mantera-mantera dalam bahasa Sanskrit. Orang Dravidian memandang tindakan kasta Brahmin adalah sengaja meningkatkan kedudukan kasta Brahmin semata-mata. Maka dengan itu, pergerakan Dravidian memperkenalkan “upacara perkahwinan Tamil”, iaitu mengecualikan sami-sami sama ada daripada kasta Brahmi n atau kasta-kasta lain serta mengecualikan ucapan mantera-mantera dalam bahasa Sanskrit; Sebaliknya, pergerakan Dravidian memperkenalkan perkahwinan yang hanya perlu dilangsungkan dalam bahasa Tamil di hadapan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja. Pendek kata, di Malaya tidak wujud dominasi orang Brahmin, maka dengan itu, pergerakan Dravidian yang meniru sebulat-buat dari Madras tidak selaras dengan keadaan masyarakat di Malaya atau salah tanggap musuh. Keadaan ini menghalang kesepaduan buruh India di Semenanjung Tanah Melayu (K.Anbalakan 2008] 28-34). 

[Nota 3] S.N. Veerasamy selaku pemimpin CIAM tidak berani menentang penindasan kerajaan kolonial British serta tidak berhasrat untuk membela kepentingan golongan kelas pekerja kerana beliau tidak dapat mengeluarkan diri dari kedudukan kelas menengahnya. Maka dengan itu, beliau telah meletakkan jawatan pengerusi CIAM (Stenson 1980]4). 

[Nota 4] T.N. Harper selaku ahli sejarah Asia Tenggara dan kajian sejarah Imperialisme yang terkenal menggunakan analisis “political discource” dalam menganalisa perkembangan nasionalisme di Malaya-Singapore (khususnya tertumpu kepada Singapore) serta pengaruh nasionalisme terhadap pergerakan memperjuangkan kemerdekaan dari pelbagai kaum di Malaya-Singapore. T.N. Harper dalam artikel bertajuk ‘Lim Chin Siong and “the Singapore Story”’ yang dipetik di dalam buku Comet in Our Sky: Lim Chin Siong in History (Jilid Pertama) telah memberi penjelasan beliau dengan jelas. Di sini memetik satu perenggan dalam artikel tersebut: “……Kedua-dua perang dunia dan perjuangan kemerdekaan akhirnya telah menghasilkan “nasionalisme” yang merentasi batasan kaum dan permisahan kaum. Kuasa ini berjaya menghimpun semua kaum dan memperkuatkan gerakan perubahan sosial iaitu gerakan menetang kolonialisme. Ketika Perang Dunia Pertama, tentangan kolonialisme dari gerakan Pan-Islam dan Ghadar Party kepada gerakan tentangan Jepun dari kaum Tiong Hua masing-masing mempunyai hubungan yang dialektikal. Perang Dunia Kedua iaitu gerakan menentang Jepun telah membentuk sesuatu budaya menentang kuasa pemerintahan negara dan sesuatu romantisme iaitu perjuangan patriolik tradisional. Contohnya penyebaran kumpulan sandiwara, karikatur, budaya menentang perang dan sebagainya telah mengaktifkan budaya politik baru serta memperkuatkan pergerakan yang sah dan bercorak gilang-gemilang. Selepas tamat Perang Dunia, Malaya-Singapore menjalin semula hubungan dengan negara-negara lain. Pada masa ini, anasir radikal menjalin hubugan dengan Republik Indonesia yang baru ditubuh. Mereka ini menggunakan cara perdagangan haram demi memecahkan belenggu pihak pemerintahan kolonial untuk menawarkan perlindungan kepada pelarian Indonesia yang bertekad dan menyertai diri ke dalam angkatan tentera Indonesia. Pada tahun 1946, pengeluaran kertas semakin mencukupi, suratkhabar tempatan memulih pencertakan. Liputan yang terperinci diberi kepada berita gerakan pembebasan di negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah. Kata-kata seperti menentang fasisme, Piagam Atlantik dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadi bahasa bersama yang merentasi batasan pelbagai kaum nasionalisme. Anasir-anasir dari masyarakat lapisan kelas atasan yang berhadapan dengan kuasa pemerintahan kolonial tempatan dan dulunya menyokong pemerintahan kolonial tempatan berkembali semula, wacana politikal seperti “neo-demokratik” dan internasionalisme yang mempunyai keluatan massa muncul pada saat diperlukan. Di mana ia mempropogandakan ketuanan “hasrat massa rakyat” dan “kuasa autonomi rakyat”. Menang tidak dapat dinafikan bahawa kata-kata tersebut tidak dapat menutupi pertentangan yang tajam dari pelbagai aliran pergerakan yang terbangkit ketika perang. Malahan ia mempunyai persamaan dengan lambangan “8 Dasar” Parti Komunis Malaya, pendirian republik gerakan kiri Malaya dan kebangkitan semula organisasi kesatuan sekerja bersemangatkan kesatuan kaum pekerja antarabangsa……” Rujukan: T.N. Harper 2002:39-46, ‘Lim Chin Siong and “the Singapore Story”’

[Nota 5] Pari Komunis Malaya ditubuh pada 30hb April 1930 di kampung Kuala Pilah dalam negeri Seremban, Malaya. 

[Nota 6] “…… “Malaya Spring” berjaya membuka jalan kepada gerakan politik radikal pada masa yang singkat dan ini menyebabkan terbentuknya satu struktur di mana semua kaum tempatan lebih gemar menyertai diri dalam organisasi dan pemikiran politik yang bersifat radikal. Penonjolan yang paling jelas ialah AMCJA-PUTERA. Perikatan politik yang singkat ini ditubuh pada tahun 1947 di mana ia menentang perancangan Persekutuan Tanah Melayu yang dicadangkan oleh British terhadap Perikatan kaum bangsawan Melayu yang berniat untuk mengembali semula kuasa pemerintahan kolonial British. Tenaga pimpinan adalah datang dari Malayan Democratic Union (MDU) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang radikal. Dalam suatu kenyataan, mereka dengan jelas sekali membuat pengumuman bahawa mereka akan memberi berkeyakinan penuh kepada nasionalisme Malaya dan berkecenderung kepada sosialisme yang menentang kolonialisme……” Rujukan: T.N. Harper 2002:44, ‘Lim Chin Siong and “the Singapore Story”’. 

[Nota 7] “……Pada akhir tahun 1946 dan 1947, kerajaan mengistiharkan semula pengawalan pencertakan suratkhabar kesatuan sekerja dan akta pendaftaran pertubuhan serta menggunakan kuasa untuk menghalau keluar sempadan. Mereka menyempitkan penyertaan politik tempatan orang ramai yang sah. British terperanjat dengan kuasa kiri yang berkembang pantas ketika itu. Maka dengan itu, mereka terus menggunakan teknik sedemikian untuk menghapuskan mata lembing politik gerakan etnik……” Rujukan: T.N. Harper 2002:44, ‘Lim Chin Siong and “the Singapore Story””. 

[Nota 8] Pada mulanya, PKMM juga menyokong Malayan Union kerana berpendapat rancangan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran negeri menuju kepada jalan berkerajaan sendiri. Selepas menerima lebih banyak maklumat, PKMM baru mengenali bahawa matlamat rancangan ini akan menyebabkan Malaya berada dibawah jajahan kerajaan kolonial British. Maka dengan itu, PKMM keluar dari UMNO dan menyertai AMCJA dan PUTERA terus menentang kerajaan kolonial British yang sengaja mereka rancangan Malayan Union. 

[Nota 9] MIC dikatakan lebih progresif ketika dibawah pimpinan John Thivy selaku pengerusi pertama (tahun 1946-1947) dan Budh Singh selaku pengerusi kedua (tahun 1947-1950) di mana pendirian dalam menentang pemerintahan kolonial British lebih jelas dan tegas. Ketika pimpinan K.Ramanthan selaku pengerusi ketiga (tahun 1950-1951), MIC mula tukar menyokong pemerintahan kolonial British dan bekerjasama dengan pihak pemerintahan kolonial British. Kemudian itu, MIC telah menyertai kerajaan Perikatan ketika pimpinan K.L. Devaser selaku pengerusi keempat (tahun 1951-1955). Sehingga sekarang, MIC tetap merupakan rakan yang setia kepada kerajaan Perikatan dan BN. 

[Nota 10] John Thivy memberi amaran kepada masyarakat India supaya jangan mengemukakan pandangan yang bercanggah dengan orang Melayu untuk mengelakkan orang Melayu berasa curiga ke atas kesetiaan orang India (K.Anbalakan 2008:91). 

[Nota 11] Berkenaan dengan masalah sama ada PKM perlu atau mempunyai syarat untuk melancarkan perjuangan bersenjata pada masa itu, serta kenapa kerajaan British rela dituding oleh ribuan orang tetapi terpaksa mengambil tindakan membuat pengumuman untuk mengharamkan PKM, masalah-masalah tersebut boleh merujuk kepada artikel Zhang Zu Xing bertajuk “Proses British membuat keputusan mengharamkan PKM” yang dipaparkan di laman web Pembelajaran Kader China (Zhong Guo Gan Bu Xue Xi Wang (www.ccln.gov.cn)) pada tahun 2012 (http://study.ccln.gov.cn/fenke/zhengzhixue/zzjpwz/zzsjshzyhd/54625.shtml). Zhang Zu Xing berkata] Bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng ketika menerima tamu oleh media pada tahun 1998 berjawab soalan berkenaan dengan “sama ada PKM menerima arahan dari komunis antarabangsa dengan melancarkan perjuangan bersenjata”, Chen Peng berkata, “Lebih dahulu saya perlu berkata keputusan ini bukan dari mana-mana arahan, sama ada dari Parti Komunis China atau badan perisik komunis antarabangsa. Selepas pemergian Loi Teck, saya pergi ke Thailand dan Hong Kong berjumpa dengan pemimpin komunis dari Thailand dan Vietnam pada Julai 1947. Ketika itu, tiada orang mengemuka hendak melancarkan perjuangan bersenjata. Selepas perang, dasar kita ialah menggunakan jalan perjuangan secara damai untuk mencapai matlamat berkerajaan sendiri. Pada Januari 1948, seorang komrad dalam mesyuarat biro politik ada membangkit bahawa kami telah melancarkan mogok secara besar-besaran beberapa tahun kebelakangan ini dan usaha ini telah pun terbentuk satu barisan persatuan, akan tetapi, kita masih tidak berjaya mendesak orang British berundur. Apa yang kita mahu ialah menuntut berkerajaan sendiri tetapi orang British tidak mahu menerima. Pada masa itu, orang British telah menggubal akta kesatuan sekerja untuk mengadakan sekatan yang semakin ketat. Secara umumnya, perkembangan ketika itu berkecenderungan memulih kepada situasi sebelum perang; Anggaran kami langkah seterusnya pasti akan mengenakan sekatan kepada parti politik. Nampaknya kita perlu memikir langkah yang baru iaitu bukan secara bersenjata tetapi melancarkan tindakan yang lebih keras sedikit.” Maka dengan itu, analisis Zhang Zu Xing ke atas kandungan bertamu Chen Peng seperti di atas menunjukkan bahawa PKM sentiasa cuba mengggunakan cara yang damai dan sah dalam berjuang mencapai Malaya yang berkerajaan sendiri. Akan tetapi, British tidak berniat melepaskan pemerintahan mereka di Malaya, maka, British meningkatkan penumpasan kepada aktiviti politik yang sah. Ini telah membangkitkan rasa tidak puas hati PKM terhadap British. Pada masa yang sama, kita dapat melihat bahawa walaupun PKM berniat untuk melancarkan lebih banyak “tindakan keras”, tetapi mereka tidak berniat untuk melancarkan “tindakan bersenjata”. Jika dilihat berkembangan selepas itu, jelas bahawa PKM tidak membuat persediaan yang rapi terhadap perjuangan bersenjata. Berkenaan dengan soalan kedua, Zhang Zu Xing berkata: Tanpa bukti yang kukuh, kerajaan British membuat keputusan untuk mengharamkan PKM memang benar merupakan sesuatu tindakan yang tidak ada pilihan. Dua alasan seperti berikut: Pertama, British tidak boleh melepas Malaya. Dari segi ekonomi, Malaya memainkan peranan yang sangat penting dan bermakna kepada Empayar British. British ketika berhadapan dengan defisit perdagangan dan kekurangan dolar Amerika yang semakin serius, Malaya yang berfungsi sebagai tempat pengeksport utama kepada British, berperanan sebagai pertukaran mata wang utama dari dalam wilayah stering British kepada wilayah dolar Amerika khususnya dalam imbangan pembayaran perdagangan wilayah stering serta menyokong kedudukan pound stering dalam sistem kewangan antarabangsa. Malaya boleh dikatakan memainkan peranan yang sangat penting dan tak boleh kurang kepada British. Dari segi politik, British tidak boleh melepas pemerintahan kolonial di Malaya dengan mudah kerana meskipun mereka terpaksa melepas pemerintahan di Malaya, mereka tetap akan menyerah kuasa pemerintahan kepada puak politik yang memihak kepada British untuk memastikan Malaya terus berada di dalam wilayah stering British dan berkhidmat demi kepentingan ekonomi Empayar British; Kedua, British tidak boleh melancarkan sesuatu peperangan yang tiada musuh dalam jangka masa yang tak terbatas. Pada masa yang sama, ketika peperangan dingin, British mengisytiharkan PKM sebagai organisasi haram lebih menguntungkan mereka kerana tindakan sedemikian membolehkan diri sendiri mengepek menjadi pejuang menentang komunis di Asia Tenggara. Oleh sebab itu, kerajaan British terpaksa membuat keputusan sedemikian mengikut tuntutan yang kuat dari kalangan perniagaan dan pihak berkuasa kolonial Malaya. Apa yang boleh dibuat oleh London ketika itu ialah membuat kenyataan terbuka bahawa tindakan mengharamkan PKM merupakan tuntutan dari pihak berkuasa tempatan, manakala bukti pengharaman PKM dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan. Ini hanya merupakan satu jalan keluar kepada British untuk bersiap sedia mengelakkan diri dari tanggungjawab sejarah. 

[Nota 12] Pendirian MIC menentang deraf Perlembagaan PTM sebenarnya mempunyai dua corak perjuangan yang berbeza di dalam MIC iaitu] ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa MIC perlu menyertai diri di dalam Majlis Perundangan Persekutuan yang dihasilkan oleh Perlembagaan baru (disini merujuk kepada deraf Perlembagaan PTM) kerana menentang Perlembagaan tersebut dari dalam adalah lebih senang; ada sesetengah orang pula berpendapat bahawa MIC perlu memboikot deraf Perlembagaan PTM sepenuhnya. Ini kerana Majlis Perundangan Persekutuan yang terbentuk bukannya berasaskan kepada pilihanraya tetapi mengikut keputusan kerajaan British semata-mata. Maka dalam keadaan itu, orang yang progresif tidak dapat menyertai ke dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Apatah lagi memecahkan kebuntuan yang ditimbul dari Perlembagaan dari dalam. Akhirnya, MIC menggunakan cara perjuangan kedua untuk menentang deraf Perlembagaan PTM iaitu memboikot deraf Perlembagaan PTM sepenuhnya dengan mengumpul tekad dan kuasa rakyat jelata untuk memecahkan Perlembagaan tersebut dari luar. Data-data sejarah tersebut dipetik dari kenyataan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MIC Ratham pada 1hb Januari 1948 yang bertajuk “Apa akan terjadi pada tahun 1948 ”. Kenyataan tersebut dipaparkan di dalam Buletin Edisi Khas Tahun Baru Min Sheng Bao. Rujukan] Zhu Qi Ying 2009] 172-175, Koleksi Terpilih Bahan-bahan Bersejarah Komuniti Malaya (Jilid Kedua) (Ogos 1945 – Jun 1948).

[Nota 13] Perikatan ditubuh oleh parti-parti Perikatan dalam Persekutuan Malaya iaitu UMNO dan MCA pada tahun 1951. MIC menyertai Perikatan pada tahun 1955. Perikatan yang ditubuh oleh parti Melayu, Cina dan India kini ialah Barisan Nasional (BN). 

[Nota 14] Beliau kini berjawatan sebagai pengarah Centre For Policy Initiative. Beliau pernah memegang jawatan sebagai penasihat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam Bantuan Kemiskinan Bahagian Ekonomi, Sosial dan Budaya serta penasihat Wilayah Pembangunan Masyarakat. Beliau juga merupakan senior pakar sosiologi kepada World Bank Group. 

[Nota 15] Kebangkitan perhimpunan besar masyarakat India pada 25hb November 2007 mengejutkan kedudukan politik regim pemerintahan UMNO dan BN. 

[Nota 16] Empat daripada mereka adalah peguam iaitu P. Uthayakumar, R.Kengadharan, V. Ganapatirau dan M. Manoharan, manakala K. Vasantha Kumar pula ialah seorang peniaga. Pada 4 April 2009, V. Ganapatirau dan R. Kengadharan dilepas dari tahanan. Pada 9 Mei 2009, P. Uthayakumar, M. Manoharan dan K. Vasantha Kumar dilepas dari tahanan. 

[Nota 17] Kurang daripada setahun pemerintahan Pakatan rakyat, kuasa pemerintahan negeri Perak kembali ke tangan klik pemerintahan BN kerana 3 ADUN Pakatan Rakyat membelot. 

[Nota 18] Pakatan Rakyat dibentuk dari 3 parti iaitu PAS, DAP dan PKR selepas PRU-12. 

[Nota 19] Dr. Micheal Jeyakumar Devaraj adalah ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM). PSM belum mendapat pendaftaran dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada PRU-12. Maka, Dr. Jeyakumar mendapat persetujuan meminjam logo PKR untuk bertanding di parlimen Sungai Siput. 

[Nota 20] Lima pemimpin HINDRAF ditahan di bawah akta ISA pada 13hb Disember. 

[Nota 21] Blueprint mengandungi 6 perkara utama: 1) Kira-kira seramai 80 ribu pekerja estet kehilangan tempat kediaman; 2) Kira-kira seramai 35 ribu komuniti India di Malaysia tidak memiliki kewarganegaraan; 3) Peluang pendidikan yang tidak mencukupi dan adil kepada komuniti India; 4) Peluang pekerjaan dan perniagaan yang tidak adil kepada komuniti India; 5) Masalah pihak polis yang mencabuli hak asasi manusia tetapi tidak dikenakan hukuman undang-undang; 6) Mengamalkan piawai hak asasi manusia. 

[Nota 22] Masyarakat India menggambarkan ‘Ettapan’ sebagai pengkhianat. 

[Nota 23] Hasil PRU-13 terbukti apabila nisbah jumlah undi PR dan BN ialah 51%:49%. 

[Nota 24] Kerusi parlimen – PRK:30, PAS:21, DAP:38; Kerusi DUN – PKR:49, PAS:85, DAP:95.

[Nota 25] HINDRAF mendapat kelulusan penubuhan persatuan pada bulan March 2013. Nama pertubuhan ialah Persatuan Hindraf Malaysia. 

[Nota 26] Menurut pengerusi BOPIM Daniel John Jambun, Perlembagaan Malaysia (atau Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang adalah samaran dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia] Ianya tidak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963] Maka dengan itu, Sabah terperosok ke dalam penjajahan Malaysia. 

[Nota 27] Menurut pengerusi BoPim Daniel John Jambun, Tengku Abdul Rahman pernah berjanji bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri ke-12 dan ke-13 di Malaysia. Akan tetapi, kini, Sabah hanya berfungsi sebagai sebuah negeri di Malaysia. Keadaan ini telah menggantikan permahaman asal bahawa Sabah merupakan sebuah negara yang berkerajaan sendiri dan berkedudukan sebagai rakan samarata. Aktivis NGO Sabah dan Sarawak menegas bahawa Malaysia sebenarnya merupakan Persekutuan dua rangkap: Yang pertama ialah Persekutuan Malaya – Di mana ia dibentuk dari Negeri-negeri Tanah Melayu menjadi satu Persekutuan pada 21 Januari 1948. Persekutuan ini berkuatkuasa pada 31 Januari 1948 dan diperkukuhkan melalui Merdeka pada 31 Ogos 1957] Yang kedua ialah Persekutuan Malaysia – Di mana ia merupakan satu Persekutuan yang baru dan mengandungi sempadan yang lebih luas iaitu dibentuk dari Malaya, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Sebelum ini, Sarawak telah memperolehi Merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah telah memperolehi Merdeka pada 31 Ogos 1963. 

[Nota 28] Pengerusi BoPim Daniel John Jambun dalam satu artikel bertajuk “HINDRAF membentuk Hubungan Rakan Strategik secara Rasmi dengan Aktivis Timur Malaysia” pernah memetik kata-kata seperti di bawah: “……Waytha Moorthy menegas tandatangani MoU dengan aktivis Sabah dan Sarawak tidak mengandungi apa-apa agenda tersembunyi. Tambahan beliau, masa depan Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih cerah sekiranya mereka hidup secara diri sendiri dengan bergantung kepada sumber alam semula jadi yang kaya dan tanah yang ada pada mereka. Apa yang berlaku sekarang ialah dasar jajahan dalaman yang dilancarkan oleh Putrajaya telah mengakibatkan mereka terbenam dalam kemiskinan setelah menyertai Malaysia. Waytha Moorthy berkata, “HINDRAF berada di tahap moral yang tinggi bagi perjuangan di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1963, Brunei pada saat terakhir menolak menyertai Persekutuan baru. Pada tahun 1965, Singapore berpisah dari Persekutuan Malaysia. Cuba lihat negara-negara tersebut kini sudah menjadi negara-negara ASEAN (Association of Southeast Asian Nations), dan seterusnya melihat semula keadaan di Sabah dan Sarawak. Sekiranya kedua-dua negeri Borneo ini keluar dari Malaysia, suatu hari nanti boleh mengikuti jejak kemajuan dan perkembangan negara Singapore dan Brunei.” Maka dengan itu, HINDRAF memberitahu strategi yang digunakan oleh mereka adalah berasaskan kepada sekiranya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, ia akan memaksa pihak berkuasa Malaysia mengkaji balik isu tajam yang berkenaan dengan diskriminasi dan penindasan kaum di dalam negara. HINDRAF mengakui bahawa jika kedua-dua negeri Borneo keluar dari Malaysia akan melemahkan politik dan ekonomi elit pemerintahan Putrajaya. Dan ini menguntungkan HINDRAF……”. 

[Nota 29] Pada masa itu ialah Sabah, Sawarak dan Brunei – Brunei membuat keputusan tidak menyertai Malaysia pada saat terakhir.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE